Followers

salasilah

Selempang
selempang ni yg dipakai kaum lelaki kan ?. Ahli silat pun pakai, org biasa pun ada pakai. Kideys nak sentuh tentang warna. Warna lah yg telah melupakan manusia tentang asal usulnya, warna lah yg sebabkan manusia berubah, menyukai dan membenci. Warnalah yg telah membentuk rupa sesuatu objek. Bayangkan kalau objek2 tak ada warna...kita tak akan nampak dia, kita akan terlanggar dia. Atas prinsip ini ilmu lamunan dijumpai iaitu ilmu memalsu dan menghilangkan warna. Warna yg dihias pada selempang bagi yg menuntut ilmu kebatinan menggambarkan pencapaian. Lebih banyak warna lebih tinggi tahap pencapaian.....juga memberitahu warna2 yg telah dapat dikuasai.....
Darjah tertinggi dlm ilmu makrifat...kata nya warna "kundang" dan pemakaian nya ialah 17 warna. Kalau dapat 7 warna tu ...kira baru sarjan ajer pangkatnya...keh..keh...
Tafsiran 17 warna :
sehari semalam ada 5 waktu yg pelbagai rakaat...jumlahnya 17 rakaat. Bermakna menguasai siang dan malam, tidur atau tak tidur sama saja seperti terjaga juga ! Sembahyg atau tidak sembahyang waktu berpusing tetap 5 waktunya, setiap waktu mewakili warna2nya sendiri.....amacam jelas atau pening..?
Busana Terengganu
Terengganu sebuah negeri di Panatai Timur, terkenal dengan pembuatan songket selain dari kaya dengan hasil laut juga perusahaan logam seperti tembaga dan perak. Di sinilah berhimpunnya seniman-seniman Melayu dahulu yang mencurahkan kreativiti dan kemahiran dalam menghasilkan kraftangan orang Melayu yang amat membanggakan.
Pada masa dahulu lelaki dari Terengganu memakai Baju Melayu Teluk belanga yang lebih pendek dari sutera Cina atau kain tenun yang dilengkapi dengan samping limar songket atau kain tenun Bugis. Wanitanya memakai Baju Kurung berpesak kembang dari kain sutera Cina atau kain tenun Terengganu berjalur benang emas atau bunga tabur. Selain dari itu terdapat juga pemakaian Baju Melayu Cekak Musang bagi lelaki dan Baju Kebaya bagi wanita.

Lelaki memakai Baju Melayu berbelah depan dipadankan dengan samping songket dan tengkolok. Wanita memakai Baju Kebaya potongan lama dari broked Cina dan sarung songket Terengganu.


Lelaki berbaju Melayu Teluk belanga cara Terengganu, bersamping songket dan berbekung. Wanita berbaju Kurung Teluk Belanga songket bunga tabur serta berselendang.


Baju Kebaya Labuh kain kasa berbunga dipadankan dengan batik Terengganu corak berbunga.


Baju Melayu yang dipakai oleh lelaki Melayu di terengganu sejak dahulu dipadankan dengan kain samping pelikat berdagang luar.


Baju Melayu Cekak Musang sutera corak jalur berdiri ikat celup dipadankan dengan kain samping songket.


Kebaya Labuh bercorak bunga kecil bersulam benang keemasan dipadankan dengan selendang renda.


Potongan Baju Riau Pahang organza hijau serindit dipadankan kain kembang bercorak tapak catur.


Baju moden berkolar tinngi dipadankan dengan seluar yang asalnya disebut sebagai seluar pembesar. Pakaian dilengkapi dengan selempang leher yang juga digunakan sebagai ikat pinggang.


Baju Kurung corak bunga bertabur yang dipadankan dengan kain sarung songket cerah motif teluk berantai ikatan ombak mengalun. Pakaian ini dilengkapi dengan selendang kain renda yang digunakan juga sebagai penutup kepala.


Baju Melayu Cekak Musang satin dipadankan dengan ikatan kreatif. Dahulu menjadi pakaian anak-anak raja yang diperlengkap dengan bengkung dan tengkolok


Kebaya pendek kain baldu dipadankan sarung ketat warna-warni menggunakan teknik ikat celup. Memakai kain kelubung selendang lepas.


Baju Riau Pahang juga dipakai oleh keluarga diraja Terengganu pada masa dahulu. Wanita ini memakai Baju Riau Pahang leher sejari dari songket Terengganu dipadankan dengan kain satin potongan moden.


Baju Kurung Teluk Belanga potongan moden diperbuat dari kain sari. Kain sarung dipakai cara tindih kasih.
PANGLIMA HITAM (Daeng Kuning)
by jejakkeluarga on 27 May 2009 12:40
Author Topic: PANGLIMA HITAM (Daeng Kuning) (Read 3858 times)

zanariah binti abu bakar
Guest
PANGLIMA HITAM (Daeng Kuning)
« Thread started on: Nov 7th, 2005, 4:36pm »

--------------------------------------------------------------------------------
Sebilah keris
yang dipercayai milik empunya PANGLIMA HITAM (Daeng Kuning)

Penghantar = zanariah binti abu bakar bin kasim bin abdullah
Persaudaraan = Tak pasti bersaudara
Hubungi = ctpayong_mcca@yahoo.com
Maklumat = askum..saya memiliki sebilah keris yang dipercayai milik empunya PANGLIMA HITAM (Daeng Kuning).keris tersebut asalnya dari arwah
atuk sebelah ayah yang kemudiannya diwariskan kepada ayah saya dan kini selepas beberapa kejadian pelik berlaku ayah ingin menjual keis tersebut kepada sesiapa yang berminat.saya selaku anak terlalu ingin mengetahui asal-usul diri telah menyimpan keris tersebut tanpa pengetahuan sesiapa pun.saya pernah pergi ke muzium negeri melaka untuk mendapatkan kepastian.disana saya telah bertemu dengan seorang pakar & beliau telah mengatakan keris tersebut sememangnya milik seorang palima pada masa lampau berdasarkan seni ukirnya, bahan buatannya menunjukkan ianya bukan dari tanah melayu. saya pernah bertanyakan hal ini kepada seorang orang alim dari riau berkenaan keris tersebut dan dia mengatakan keris tersebut asalnya memang dimiliki oleh PANGLIMA HITAM dari kerturunan DAENG.apa yang saya hajatkan disini adalah, adalah kiranya salah seorang dari!
salasilah keluarga ini yang sudi membantu saya. saya ingin menyerahkan keris tersebut kepada mereka yang benar-benar faham dan arif tentangnya.arwah nenek juga pernah berkata bahawa arwah atuk saya berketurunan berdarah bugis johor.saya tidak mahu peninggalan tersebut lenyap begitu sahaja.seperkara lagi, saya turut berhasrat ingin mengetahui salasilah keturunan saya..kepada yang berkenaan sila hubungi saya di nombor 013-6948929. sekian. wasalam.

Sesiapa yang mempunyi maklumat silalah hubungi Jejak Keluarga di:
admin@dkays.com
Tel: 019-2257589
Terima kasih.

« Last Edit: Feb 23rd, 2008, 10:59pm by Admin » Logged
mencari keturunan Daeng Merewah
by jejakkeluarga on 27 May 2009 11:46
Author Topic: mencari keturunan Daeng Merewah (Read 109 times)

aimankedah
Posts: 7
mencari keturunan Daeng Merewah
« Thread started on: Mar 17th, 2009, 3:01pm »

--------------------------------------------------------------------------------
Assalamuailaikum,saya sedang mencari keturunan Daeng Merewah yang berada di sekitar Malaysia terutama di Kedah dan di Patani,Thailand.

Sejarah Keturunan Daeng bermula apabila ayahanda kepada Daeng 5 saudara iaitu Lamadusila merupakan Raja Bugis di Luwur,Sulawesi telah berkahwin dengan Daeng Telana dan Daeng Biase(Biasa) telah memeluk agama Islam pada 1603M dan kemudiannya Lamadusila telah menukar namanya kepada Tunduri Bureng Daeng Rilaga.

Beliau telah dikurniakan 6 org anak iaitu 5 lelaki dan 1 perempuan :-
1.Daeng Perani
2.Daeng Menamban
3.Daeng Merewah
4.Daeng Celak(Daeng Pali)
5.Daeng Kemasi
6.Ratu(menetap di istana,perempuan)

Daeng Perani mangkat di Kedah pada 1723/1724M dan di makamkan di MAKAM DI RAJA LANGGAR..Daeng Perani memiliki 4 orang isteri.Isteri keempat baginda merupakan adik YAM TUAN ialah anak kepada Sultan Kedah pada masa itu.

Menurut sejarah waris kepada Daeng Perani hasil perkahwinan dengan isteri keempat ramai terdapat di Kedah dan Patani.
Jika anda berketurunan Daeng sila sertakan nama dan alamat anda dan hantar ke email saya iaitu :- kry_eman8@yahoo.com

Hubungi saya ditalian :-
0134490446(Aiman)
0194776911(Md Kamal)
Logged

--------------------------------------------------------------------------------



Raja Adley Paris Ishkandar
Posts: 60
Re: mencari keturunan Daeng Merewah
« Reply #1 on: Mar 17th, 2009, 5:02pm »

--------------------------------------------------------------------------------
Salam saudara Aimankedah

Mohon berbanyak-banyak maaf kerana mungkin terdapat beberapa kesalahan dalam maklumat yang diberikan oleh saudara.

Mengikut Tuhfat al-Nafis, karya YM Raja Ali Haji ibn Raja Haji Ahmad ibn Yang Dipertuan Muda Riau ke-4, Raja Haji al-Shahid Fi Sabilillah (Marhum Teluk Ketapang), Opu La Maddusila atau juga d**enali sebagai Opu La Madusalat itu dikatakan raja Bugis Luwuk pertama yang memeluk Islam dan beliau telah dianugerahi 3 orang putera.

1. Opu Pajung.
2. Opu Daeng Biyasa "Jayang Seteru Johan Pahlawan" (jadi mayur atau ketua orang-orang Bugis di
Batavia/Betawi di Tanah Jawa).
3. Opu Tendriburang Daeng Rilaka / Opu
Tendriburong Daeng Rilaka.

Opu Tendriburang Daeng Rilaka ini dianugerahkan 5 orang putera dan seorang puteri (berlainan bonda), iaitu:

1. Opu Daeng Parani (mangkat pada 1723 di Kg. Ekor Lubuk, Sidam Kiri , daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman). Baru-baru ini saya telah menziarahi makam tersebut bersama sahabat saya yang kebetulan penduduk di kampung berkenaan

2. Opu Daeng Menambun. d**enali sebagai Pengeran Emas Seri Negara dan menjadi Raja di Mempawah, Kalimantan, Indonesia.

3. Opu Daeng Marewah (Marhum Sg. Baru). Baginda dilantik menjadi Yang Dipertuan Muda Riau 1 oleh DYMM Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ibn Sultan Abdul Jalil IV.

4. Opu Daeng Chellak atau Daeng Pali (Marhum Kota). Baginda dilantik menjadi Yang Dipertuan Muda Riau ke-2 oleh DYMM Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ibn Sultan Abdul Jalil IV selepas kemangkatan saudaranya.

5. Opu Daeng Kemasi. Beliau bergelar Pangeran Mangkubumi di Sambas, Kalimantan, Indonesia.

6. Datu Ri Watu (anakanda Opu Tendriburang Daeng Rilaka dengan Raja To Pammana). Menurut salasilah lama tulisan Jawi Lama yang disimpan oleh saya, Datu Ri Watu bt. Opu Tendriburang Daeng Rilaka itu telah berkahwin dengan Daeng Petaperangkawai ibn Arung Palakka, raja Bone, Sulawesi dan daripada zuriat inilah lahirnya nenek moyang saya.

Saya juga ada mendengar cerita yang Opu Daeng Parani ini mempunyai zuriatnya di Kedah melalui hasil perkahwinannya dengan puteri Sultan Kedah.

Setakat ini sahaja pembetulan saya. Diharapkan sekiranya ada kesalahan fakta dalam tulisan saya ini sila betulkan.

Terima kasih
« Last Edit: Mar 17th, 2009, 5:41pm by Raja Adley Paris Ishkandar » Logged
Mencari waris saudara dari Daeng Cik Long Hafsah
by jejakkeluarga on 27 May 2009 11:43
Author Topic: Mencari waris saudara dari Daeng Cik Long Hafsah (Read 91 times)

Puteri
Guest
Mencari waris saudara dari Daeng Cik Long Hafsah
« Thread started on: Jan 18th, 2009, 2:17pm »

--------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,

Saya puteri berasal dari Perak.Sejak kecil,saya telah didatangi penyakit misteri yg berasal dr susur galur keluarga saya. Sehingga kini saya telah mencari punca kepada semua masalah tersebut.

Menurut seorang pengamal perubatan di Pahang, setelah diamati dan diselidiki tentang masalah saya.Ini adalah berpunca daripada keturunan nenek moyang saya yg berketurunan raja yang berasal dari 5 adik beradik dalam kalangan Daeng yg datang Sulawesi di sebelah ibu saya. Moyang saya ada mewariskan dua bilah keris dan persalinan pakaian diraja yang masih di simpan oleh anak sulung moyang di Setiawan.
Ketika sakit, moyang mengubati diri sendiri dgn memakai pakaian serba kuning.

lantaran dari kisah ini, pengamal perubatan dari Pahang yang juga merupakan adik angkat kepada Sultan Pahang telah mncari pnyelesaian kepada msalah saya ini. Dia menyuruh saya mencari keris yg dinyatakan dan persalinan kuning itu untuk mengubati diri saya sendiri.Akhirnya,saya menjejak kembali sejarah saya dan memang benar memang ada dua bilah keris dan persalinan kuning tersebut yang telah berhijrah ke perak. didlm alamri rumah pusaka datuk nenek moyang saya.

Arwah moyang saya merupakan piut daripada Cik Long Hafsah yang berkahwin dgn Daeng Lakani.
Cik Long Hafsah merupakan adik perempuan kepada Raja Lumu. Saya dan ibu pernah bermimpi tentang seorang lelaki tua, berjubah putih dan bermimpikan istana. Semasa kecil, adik beradik ibu akan mngikut moyang ke istana.saya tidak dapat cerita ini dengan jelas. Moyang saya dan keluarga ibu saya berasal dari Jeram, Selangor dari sebelah datuk dan Kuala Selangor dari Sebelah nenek ibu.

Semasa membuat salasilah keluarga saya pd Tingkatan 2 ,saya ada mendapat sedikit maklumat daripada kakak sulong ibu mengenai salasilah keluarga kami.
Kehandalan arwah datuk yg boleh menyelam lama tanpa menggunakn alat bantuan pernafasan, boleh mencabut pokok pinang besar dengan menggunakan sebelah tangan dan beberapa kebolehan yg lain.
Mengikut kakak ibu yang berusia 72 thn. Keris yang panjang tersebut pernah digunakan semasa melawan penjajah & keris kecil spanjang 12cm pula digunakan datuk ketika memakai pakaian persalinan kuning.
Malangnya, ayah iaitu suami ibu saya telah menjual keris tersebut kepada seorang pengumpul keris di Kuala Kangsar ketika saya berusia 3 bln.sejak itu lah saya sakit misteri dan telah hampir 27 tahun mencari penyelesaian dan baru sekarang saya sembuh kerana telah tahu cara untuk mengubati penyakit misteri saya ini. Ayah saya juga mendapat peyakit misteri sejak itu kerana mjual keris waris peninggaln nenek moyang saya.
Kami telah memohon pertolongn dri seorg waris raja teranggu utk membantu mendapatkan atau menjejak semula keris tersebut tetapi msih belum mendpt jawapan. Kepada sesiapa yang mempunyai pertalian darah dengan Cik Long Nafsah Sila la email kepada saya jika tahu atau pernah mendengar nama CIk Long Nafsah. Ini kerana saya ingin mencari waris keturunan Bugis keluarga ibu dari Jeram Selangor dan Kuala Selangor.
Sekian,Wassalam.
Logged

--------------------------------------------------------------------------------



shah
New Member
Re: Mencari waris saudara dari Daeng Cik Long Hafs
« Reply #1 on: Feb 1st, 2009, 2:34pm »

--------------------------------------------------------------------------------
on Jan 18th, 2009, 2:17pm, Guest-Puteri wrote:Assalamualaikum,

Saya puteri berasal dari Perak.Sejak kecil,saya telah didatangi penyakit misteri yg berasal dr susur galur keluarga saya. Sehingga kini saya telah mencari punca kepada semua masalah tersebut.

Menurut seorang pengamal perubatan di Pahang, setelah diamati dan diselidiki tentang masalah saya.Ini adalah berpunca daripada keturunan nenek moyang saya yg berketurunan raja yang berasal dari 5 adik beradik dalam kalangan Daeng yg datang Sulawesi di sebelah ibu saya. Moyang saya ada mewariskan dua bilah keris dan persalinan pakaian diraja yang masih di simpan oleh anak sulung moyang di Setiawan.
Ketika sakit, moyang mengubati diri sendiri dgn memakai pakaian serba kuning.

lantaran dari kisah ini, pengamal perubatan dari Pahang yang juga merupakan adik angkat kepada Sultan Pahang telah mncari pnyelesaian kepada msalah saya ini. Dia menyuruh saya mencari keris yg dinyatakan dan persalinan kuning itu untuk mengubati diri saya sendiri.Akhirnya,saya menjejak kembali sejarah saya dan memang benar memang ada dua bilah keris dan persalinan kuning tersebut yang telah berhijrah ke perak. didlm alamri rumah pusaka datuk nenek moyang saya.

Arwah moyang saya merupakan piut daripada Cik Long Hafsah yang berkahwin dgn Daeng Lakani.
Cik Long Hafsah merupakan adik perempuan kepada Raja Lumu. Saya dan ibu pernah bermimpi tentang seorang lelaki tua, berjubah putih dan bermimpikan istana. Semasa kecil, adik beradik ibu akan mngikut moyang ke istana.saya tidak dapat cerita ini dengan jelas. Moyang saya dan keluarga ibu saya berasal dari Jeram, Selangor dari sebelah datuk dan Kuala Selangor dari Sebelah nenek ibu.

Semasa membuat salasilah keluarga saya pd Tingkatan 2 ,saya ada mendapat sedikit maklumat daripada kakak sulong ibu mengenai salasilah keluarga kami.
Kehandalan arwah datuk yg boleh menyelam lama tanpa menggunakn alat bantuan pernafasan, boleh mencabut pokok pinang besar dengan menggunakan sebelah tangan dan beberapa kebolehan yg lain.
Mengikut kakak ibu yang berusia 72 thn. Keris yang panjang tersebut pernah digunakan semasa melawan penjajah & keris kecil spanjang 12cm pula digunakan datuk ketika memakai pakaian persalinan kuning.
Malangnya, ayah iaitu suami ibu saya telah menjual keris tersebut kepada seorang pengumpul keris di Kuala Kangsar ketika saya berusia 3 bln.sejak itu lah saya sakit misteri dan telah hampir 27 tahun mencari penyelesaian dan baru sekarang saya sembuh kerana telah tahu cara untuk mengubati penyakit misteri saya ini. Ayah saya juga mendapat peyakit misteri sejak itu kerana mjual keris waris peninggaln nenek moyang saya.
Kami telah memohon pertolongn dri seorg waris raja teranggu utk membantu mendapatkan atau menjejak semula keris tersebut tetapi msih belum mendpt jawapan. Kepada sesiapa yang mempunyai pertalian darah dengan Cik Long Nafsah Sila la email kepada saya jika tahu atau pernah mendengar nama CIk Long Nafsah. Ini kerana saya ingin mencari waris keturunan Bugis keluarga ibu dari Jeram Selangor dan Kuala Selangor.
Sekian,Wassalam.



Memang di Jeram , Kuala Selangor banyak keturunan Bugis terutama di Jeram Batu 17 - 20. Saudari boleh ke sana. Perjalanan ke sana antara 45 minit - 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Singgahlah ke Masjid Jeram, saya rasa ramai yang boleh menolong.
Logged

--------------------------------------------------------------------------------
kab
Guest
Re: Mencari waris saudara dari Daeng Cik Long Hafs
« Reply #8 on: Apr 16th, 2009, 03:02am »

--------------------------------------------------------------------------------
Cik Puteri,
Kalau benarlah moyang saudari itu adinda kepada Raja Lumu, saya cadangkan saudari lihat salasilah Kesultanan Selangor kerana Raja Lumu (putera kepada Daeng Chelak) adalah Sultan Selangor yang Pertama. Saya pernah lihat salasilah yang agak lengkap (sehingga ke Sultan yang sekarang ini). Cuba search "Keturunan Daeng Chelak". InsyaAllah.
RAJA ABDULLAH IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL SAMAD
by jejakkeluarga on 27 May 2009 11:40
Author Topic: RAJA ABDULLAH IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL SAMAD (Read 252 times)

RAJA NAZATUL AINI RAJA MOKHTAR
Guest
RAJA ABDULLAH IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL SAMAD
« Thread started on: Dec 13th, 2008, 04:12am »

--------------------------------------------------------------------------------
Sy keturunan dari Almarhum SULTAN ABDUL SAMAD dari ankndanya RAJA ABDULLAH ank hasil perkahwinan kedua bersama cik bulan atau cik bulat iaitu isteri kpd SULTAN ABDUL SAMAD yg berasal di Beranang, S'gor. RAJA ABDULLAH dan RAJA ZALEHA adalah adinda kpd RAJA MUDA MUSA. Semasa peperangan antara lanun2 di selat atau teluk mad lazim RAJA ABDULLAH telah ikut serta kakandanya RAJA MUDA MUSA utk menentang lanun kerana keakrapan mereka.RAJA MUDA MUSA sanggup mempertahankan adindanya RAJA ABDULLAH di letakkan di bawah perut perahu demi keselamatan, walaupun berlainan ibu satu bapa. Dan bberapa tahun kemudian RAJA MUDA MUSA telah mangkat dahulu dan berapa tahun kemudian baru di ikuti dgn ayahndanya SULTAN ABDUL SAMAD.Semasa itu RAJA ABDULLAH masih menetap d istana. berbagai pergolakkan yg terjadi di selangor dan dlm istana semasa jepon dn british campur tangan terhadap kesultanan ngeri S'gor. Perebutan tatahta telah berlaku. Britsh telah melantik RAJA SULAIMAN sebagai sirSULTAN SULAIMAN ALAUDDIN bukan di lantik oleh Raja-Raja Melayu. SULTAN SULAIMAN adalah cucunda kpd SULTAN ABDUL SAMAD. Dlm hukum islam apabila anak mati dahulu sebelum bapak maka tahta DIRAJA dan harta2 akan jatuh kepada RAJA ABDULLAH iaitu oyang sy. Oleh kerana campur tangan British dlm kuasa Raja2 Melayu. Dan tiada siapa yg membantu RAJA ABDULLAH dlm hal berikut. Sehingga RAJA ABDULLAH telah ke Perak bersama2 ahli keluarga serta bberapa
pengikutnya walaupun RAJA ABDULLAH telah berhijrah ke chenderiang,perak.kota Bahru,perak. RAJA ABDULLAH masih berhubung dgn pihak istana.RAJA ABDULLAH juga ada mencuba hidup di Melaka tetepi akhirnya ke perak juga. apabila SULTAN SULAIMAN mangkat anakndanya RAJA MUSA PUTERA telah di gelar SULTAN MUSA OHITHUDDIN RIWAYAT SHAH dan hanya memerintah bberapa tahun sahaja. Dan telah mati akibat di RACUN oleh tukang masak perempuan berbangsa cina(cik Ah Pong) setelah itu adindanya RAJA JEMAAH telah berhubung dgn NINDAnya RAJA ABDULLAH utk pulang kembali ke istana oleh kerana sebab tertntu RAJA ABDULLAH tidak dapat ke istana. sehingga lah ENGKU EMPUAN JEMAAH anaknda kpd SULTAN SULAIMAN ALAUDDIN dan bukan RAJA JEMAAH BIN AHMAD!! suami RAJA JEMAAH iaitu RAJA HISHAMMUDDIN adalah menantu kpd SULTAN SULAIMAN yg berasal dari RAJA LANGKAT dan bukan beribni SULTAN SULAIMAN!!!!
yg di nyatakan di dlm majalah, akhbar dan d dlm BUKU yg telah SULTAN S'GOR skrg keluarkan mnyatakan ia Sah Benar dari susur jalurnya..yg benar tetap benar. Sejarah boleh di ubah di pinda oleh manusia tp KEBENARAN yg nyata? Tidak! boleh di ubah dari sisi islam bukan,melayu. SULTAN HISSHAMMUDDIN yg berasal dari langkat telah bersandarkan kpd RAJA JEMAAH ibni SULTAN SULAIMAN ALAUDDIN. Dalam itu RAJA JEMAAH TIDAK di kurniakan anak lelaki. Sehingga keduanya Mangkat maka SULTAN ISMAIL ALAUDDIN SULAIMAN SHAH mnjadi SULTAN. SULTAN ISMAIL adalah anak dari hubungan tidak Sah oleh SULTAN SULAIMAN dgn cik Ah Pong berbangsa cina tukang masak dan isteri kpd Yap Ah Loy.Cik Ah Pong yg meracuni Raja musa oihthuddin putra. RAJA ISMAIL telah di hantar ke P.Pinang dijga oleh TUN UDA kerana takut dan malu akan pekara berikut.Sehingga lah RAJA ISMAIL dewasa kerana RAJA ABDULLAH dan anaknya RAJA ABU BAKAR tidak dpt ke Istana S'gor. Dgn itu RAJA ISMAIL mjdi SULTAN dan masa telah berlalu sehingga SULTAN ISMAIL berusia telah mangkat sehari sebelum mjadi AGONG. Sehingga sekarang SULTAN2 SELANGOR TIDAK AKN MENJALAN KAN ADAT ISTIADAT PERTABALAN SECARA RASMI DIRAJA YG MENGIKUT ISTIADAT YG SEBENAR. Dan berikutnya iaitu SULTAN SALAHUDDIN berikutnya SULTAN SHARAFUDDIN..
Adakah ia SULTAN yg berjiwa rakyat yg di katakan oleh mereka tetepi apabila keturunan DIRAJA S'gOr BUGIS yg sebenar dtg utk berjumpa sehingga kini tidak dpt jwpan selama 6tahun mnunggu, surat mnyurat cara protokol dan berbagai. keputusan yg di terima mengecewakan!! Siapa yg sy tidak jumpa Menteri Besar S'gor ,temenggong istana Engku HAMID nak jumpa SETIAUSAHA SULIT SULTAN iaitu DATO MUNIR mengElakkan diri dari BERJUMPA Sy dn Ayahnda sy, di suruhnya pembantu setiausahanya MUHAMMAD SYAHIR BIN HASAN dlm tahun ini 08. mana yg sy tk pergi istana kayangan?istana mastika?istana di kelang semuanya tk bermakna nampaknya kerana mereka ni BERPANGKAT,BERHARTA ADA KEDUDUKAN tk di perdulikan lg ibarat siapa yg Berpengaruh Berharta Berpangkat dia lah yg d SANJUNG....Bg yg kurang walaupun BERHAK akan di ABAIKAN. Tntg puterajaya bgaimana ia boleh berlaku bergitu ia adalah kepunyaan S'gor?? apa pendapat saudara2ku sekalian tentg hal berikut?? MANUSIA BOLEH MENIPU DUNIA, TP KITA TIDAK BOLEH MENIPU DIRI SENDIRI DAN JUGA ALLAH.

P/S keluarga sy telah di datgi yg gaihb panglima Hitam, ALMarhum Sultan Abdul Samad dan telah BERTITAH berpesan sekiranya HAK yg sebenar tidak di kembalikan maka muntah KEDARAH akan berlaku dlm keluarganya dn terjd musibah dlm Ngri S'gor.. itu lah yg di pesan

dri:kg sri kinta,ipoh Perak.



Siapakah ayahanda kpd TUNKU SALIM?
by jejakkeluarga on 27 May 2009 11:36
Author Topic: Siapakah ayahanda kpd TUNKU SALIM? (Read 334 times)

RAJA ZULKARNAIN BIN RAJA OSMAN
Guest
Siapakah ayahanda kpd TUNKU SALIM?
« Thread started on: Nov 1st, 2006, 12:12pm »

--------------------------------------------------------------------------------
Penghantar = RAJA ZULKARNAIN BIN RAJA OSMAN
Hubungi = 0176019603 / Raja_zulkarnain@yahoo.com.my

Maklumat = Assalamuailaikum...salam perkenalan dari saya dan tahniah atas wujudnya laman web ini.

Pembetulan mengenai salahsilah (selangor) iaitu Raja Hitam adalah anak kepada Raja Unos Bin Raja usoh Bin sultan Ibrahim. Harap saudara dapat betulkan.

Susurgalur saya adalah
Raja Zulkarnain bin Raja Osman bin Raja Muhamad bin Raja Hitam bin Raja Ali bin Tunku Salim (KEDAH) .

Tunku Salim mempunyai kekanda bernama Tunku Andak yang berkahwin dengan Raja Usoh bin sultan Ibrahim(selangor). Tunku Salim mempunyai anak yang bernama Raja Ali,Raja Kahar dan Raja Kechik.

Raja Ali berkahwin dengan Raja Kiah bt RAJA salleh bin sultan Ibrahim dan mempunyai anak bernama Raja Hitam,Raja Halijah dan Raja bontak.

Raja Hitam berkahwin dengan Raja Fatimah(perak) dan mendapat anak bernama Raja Atan,Raja Muhamad dan Raja Hasnah.

Raja Muhamad berkahwin dengan che Yon Alang dan mendapat anak Raja Osman,Raja Zainun,Raja Sabri, Raja Yusuf,Raja Zaitun,Raja Asai,Raja Rosli,Raja Maadun dan Raja Musa.

Raja Osman berkahwin dengan che Hasni bt Alang bin Abdul Rahman (asal kampung tengah permatang kuala selangor) dan mempunyai anak Raja Dainah dan Raja Zulkarnain.

Disini saya ingin meminta bantuan saudara dan pengunjung laman web yang mengetahui siapakah ayahanda TUNKU SALIM dan sejarah mengenainya atau ingin bertanyakan pendapat dan berkenalan dengan saya, bolehlah hubungi saya melalui e-mail

Raja_zulkarnain@yahoo.com.my

1.Tunku Salim bin ?
-11.Raja Ali bin Tunku Salim + Raja Kiah (Siah) bt Raja salleh
---111.Raja Hitam bin Raja Ali + Raja Fatimah(perak)
------1111.Raja Atan bin Raja Hitam
------1112.Raja Muhamad bin Raja Hitam + che Yon Alang
-----------11121.Raja Osman bin Raja Muhamad + che Hasni bt Alang bin Abdul Rahman
(asal kampung tengah permatang kuala selangor)
-----------------111211.Raja Dainah bin Raja Osman
-----------------111212.Raja Zulkarnain bin Raja Osman
-----------11122.Raja Zainun bin Raja Muhamad
-----------11123.Raja Sabri bin Raja Muhamad
-----------11124.Raja Yusuf bin Raja Muhamad
-----------11125.Raja Zaitun bin Raja Muhamad
-----------11126.Raja Asai bin Raja Muhamad
-----------11127.Raja Rosli bin Raja Muhamad
-----------11128.Raja Maadun bin Raja Muhamad
-----------11129.Raja Musa bin Raja Muhamad
------1113.Raja Hasnah bin Raja Hitam
---112.Raja Halijah bin Raja Ali
---113.Raja bontak bin Raja Ali
-12.Raja Kahar bin Tunku Salim
-13.Raja Kechik bin Tunku Salim

« Last Edit: Nov 3rd, 2006, 08:55am by Admin » Logged

--------------------------------------------------------------------------------



RAJA ZULKARNAIN BIN RAJA OSMAN
Guest
Re: Siapakah ayahanda kpd TUNKU SALIM?
« Reply #1 on: Jun 7th, 2008, 4:55pm »

--------------------------------------------------------------------------------
Assalamuailaikum...
tambahan maklumat mengenai Raja salim..perkara terbaru yang saya ketahui..
Raja salim bin tunku abit(habib)
membuka sabak bernam bersama dengan anak saudaranya ,raja yunos bin raja usoh bin sultan ibrahim..
Raja usoh telah berkahwin dengan tunku raja andak saudara kandung raja salim..
anak anak raja salim...
*Raja yeop, raja ali ,raja kahar dan raja kechik
Raja yeop mempunyai anak bernama =
* Raja zahrah
* Raja chulan (penghulu sabak bernam )
* Raja nala
* Raja mat zain
* Raja halijah
Raja chulan bin Raja yeop mempunyai anak bernama
* Raja arifin
*Raja arif
Raja mat zain bin Raja yeop mempunyai anak bernama
* Raja atan(raja shah kobat bin raja hamzah,DO kuala selangor adalah anak saudara kepada raja atan)
*Raja edar
Raja ali bin raja salim berkahwin dengan Raja kiah bt raja salleh bin sultan ibrahim.mendapat anak bernama
*Raja hitam
*Raja buntak
*Raja halijah
Raja ali mangkat di chenderiang perak..manakala anak cucu raja salim yang lain di makamkan di makam diraja kampong kota perak(seberang sabak bernam)
* Raja kahar bin raja salim(penghulu kampung sungai keli perak)
*raja kechik berkahwin dengan raja nordin bin raja yunos..

saya berharap kepada sesiapa yang mengetahui mengenai salasilah awal Raja salim bin tunku abit(habib) bolehlah menghubungi saya kerana kemungkinan yang boleh saya fikirkan mengenai keturunan Raja salim
*Raja salim bin tunku habib zain bin tunku ngah putra bin raja juang tawa(bugis)
Raja juang tawa makamnya d**edah.
berkahwin dengan tunku safura negara bin sultan dhiyauddin (kedah) mendapat anak bernama tunku ngah putra(tunku mangku putra kedah)
tunku mangku putra telah berkahwin dengan anak raja bugis di jeram selangor dan menetap di sana dan mendapat anak
- Tunku chik berkahwin dengan sultan ibrahim bin sultan salehuddin(SELANGOR)
- tunku habib zain
namun mengenai salasilah tunku habib bin tunku ngah putra tidak dapat dipastikan benar atau salah..jadi saya harap kan bantuan kepada anak anak bugis yang mengetahui perkara ini.
kepada sesiapa yang ingin menghubungi saya atau ingin berkongsi maklumat bolehlah menghubungi saya
Raja zulkarnain bin Raja osman
no tel 017-6019603
Assalammualaikum Saudara,

Keturunan saudara ni dari suku Rawa pantang tanah ke? Setahu saya kalau keturunan pantang tanah ni ramai dekat Gopeng Perak. Asal usul pantang tanah ni kerana Raja asalnya tu yang berketurunan Rawa telah tersilap membunuh satu-satunya putera yang ada, kerana takut akan firasat bomoh yang mengatakan ada seorang yang telah lahir mengambil kuasa ditanah Rawa. Lalu diperintahnya selagi ada bayi lelaki yang lahir pada tarikh yang difirasat itu dibunuh semuanya.
Oliha kerana suasana kelam kabut, pengasuhnya sedang mendukong Putera Rawa tersebut di luar Istana terkejut bayi yang didukungnya dirampas olih pengawal raja Rawa untuk diBunuh.
Setelah selesai kerja pembunuhan dilakukan maka Raja Rawa meminta Puteranya dari pengasuh tersebut, alangkah terkejutnya bahawa Puteranya turut dibunuh kerana perintahnya yang zalim itu.

Maka Tiada lagi waris yang bolih memerintah Tanah Rawa, lalu diperintah pula mengambil putera raja dari berbagai jajahan dari negeri untuk dijadikan Waris Rawa, tapi semuanya mati.

Lalu Raja Rawa meminta dari Raja Bugis untuk mengambil Puteranya menjadi Waris Rawa, tapi diberi satu syarat dan adat, iaitu Putera tersebut tidak bolih memijak tanah selagi upacara memijak tanah diadakan.
Syarat tersebut diikut, hiduplah Putera Bugis itu menjadi Waris memerintah tanah Rawa.

Maka jadilah adat pantang tanah sehingga hari ini, setiapa keturunan Raja Rawa walaupun perempuan atau lelaki mesti mengikut adat pantang tanah sehingga adat dan upacara diadakan, barulah bayi itu dibenarkan berjalan diatas tanah. Kalau tak cirit birit kuning hijau akan terjadi dan bayi itu akan cacat atau mati.

Inilah sejarah yang tersembunyi dan ada juga mereka yang tidak mahu mengaku bahawa mereka sebenarnya berdarah Raja Bugis campur dengan Rawa.

Cerita ini dari mulut Raja Rawa sendiri berasal dari Tanah Rawa yang telah menetap diKampung Sungai Itik, Gopeng, Perak. Beliau telah meninggal dunia dan sahabat karib kepada arwah bapa saya.

Beliau memang berdaulat, sesiapa yang melintas didepan atau dibelakang nya tanpa meminta izin akan tumbang. Tapi dengan arwah bapa saya tidak pula berlaku apa-apa, dari tilikkannya barulah dia memberitahu dia adalah berketurunan Bugis dan Rawa. Arwah bapa saya yang berketurunan Raja Bugis sama dengan keturunan asal Putera Bugis yang diambil sebagai Putera olih Raja Rawa dahulu.

Itulah cerita serba sedikit keturunan Raja Rawa.
Cerita ini dari versi arwah bapa saya yang diceritakan olih keturunan Raja Rawa Sungai Itik, Gopeng Perak.

Wallahhualam.


Logged

--------------------------------------------------------------------------------



WAN ISMAIL BIN WAN DIN
Guest
Re: Generasi ke 10 keturunan Yam Tuan Muda Pagaruy
« Reply #2 on: Nov 10th, 2006, 04:40am »

--------------------------------------------------------------------------------
Asalamualaikom
saya tetarik dengan cerita bekenaan 'RAWA' jikalau saudara dan sesiapa tahu lebih medalam tentang rawa hubungi saya,saya dari keturunan 'RAWA MERAK MAS'juga mempunyai salasilah yg dikarang olih beberapa orang pahang.wasallam
Logged

--------------------------------------------------------------------------------



ku alam
Guest
KETURUNAN RAWA
« Reply #3 on: Dec 3rd, 2006, 8:34pm »

--------------------------------------------------------------------------------
Asalamualaikum.............

salam perkenalan dari saya....

saya tertarik tentang KETURUNAN RAWA kerana saya dari keturunan RAWA sebelah ayah (ATUK) BUGIS sebelah ayah jugak (OPAH)...
yang saya difahamkan yang saya berdarah RAWA tapi atuk saya tak penah menceritakan tentang asal usul dari KETURUNAN RAWA.....

harap sudilah saudara sekalian didalam forum menceritakan tentang KETURUNAN RAWA... DARI RAJA PAGAR RUYONG....
Cari Kerabat YM Raja Shahbuddin bin Raja Dagang
by jejakkeluarga on 27 May 2009 12:49
Author Topic: Cari Kerabat YM Raja Shahbuddin bin Raja Dagang (Read 699 times)

YM Raja Adley Paris Ishkandar
Guest
Cari Kerabat YM Raja Shahbuddin bin Raja Dagang
« Thread started on: Sep 14th, 2008, 12:14pm »

--------------------------------------------------------------------------------
Assalammualaikum

Saya ingin mencari keturunan dan saudara mara YM Almarhum Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbuddin bin Raja Dagang di mana sahaja mereka berada.

Saya telah membuat kajian Arkib Negara pada bulan Jun 2008 tempoh hari dan saya dapati moyang saya pernah berkhidmat dengan Istana Negeri Perak sejak zaman DYMM Paduka Seri Sultan Idris Musyidul Azam Shah 1.

Berikut adalah butiran berkenaan moyang saya:

1. YM Raja Shahbuddin bin Raja Dagang bin Tengku Busu (berketurunan Siak Seri Inderapura)

2. Beliau dilahirkan sekitar tahun 1874 dan mangkat pada 26 November 1959 dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Jln. Ampang, Kuala Lumpur.

3. Pernah menjadi Penghulu Batu Kurau (1908-1910) dan Penghulu Bagan Serai, Perak.

4. Beliau dianugerahkan gelaran Tok Seri Indera Jaya (Orang Besar 16 Perak Darul Ridzuan)

5. Beliau mempunyai 2 orang isteri, iaitu YM Almarhum Raja Aisyah bt. Raja Makah (meninggal dunia -1938 di Teluk Intan, Perak) dan YM Almarhum Raja Saadiah bt. Raja Mahadi (asal Beruas, Perak)

5. Beliau dianugerahkan 10 orang cahaya mata, termasuk, datuk saya YM Almarhum Raja Lope Zainuddin bin Raja Shahbuddin (1910-1968 - Penghulu Teja) dan Y Bhg. Mulia Tan Sri Dato' Seri Raja Dr. Hj. Ahmad Noordin bin Raja Shahbuddin - mantan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kepada sesiapa yang mempunyai hubungan kerabat dengan moyang saya, sila hubungi:

YM Raja Adley Paris Ishkandar Shah bin Raja Baharudin
Sekolah Menengah Teknik Pendang
Pokok Tai, 06720 Pendang
Kedah Darul Aman

Tel - 019-5611794

email - ibn_baharudin@yahoo.co.uk
Logged

--------------------------------------------------------------------------------



Raja Adley Paris Ishkandar
Junior Member


member is offline








Gender:
Posts: 60
Keterangan YM Raja Shahbuddin bin Raja Dagang
« Reply #1 on: Sep 14th, 2008, 1:45pm »

--------------------------------------------------------------------------------
Salasilah Ringkas YM Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbuddin b. Raja Dagang (Siak)

YM Almarhum Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbuddin b. Raja Dagang b. Tengku Busu ini berasal daripada keturunan diraja Siak Seri Inderapura, Sumatera, Indonesia. Beliau lahir sekitar tahun 1874 dan mangkat pada 26 November 1959 di Petaling Jaya dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Jln. Ampang, Kuala Lumpur.

Beliau berkhidmat sebagai penghulu di beberapa buah mukim, termasuklah di mukim Batu Kurau (1908-1910) (jajahan Larut, Selama & Matang) dan Bagan Serai (Jajahan Kerian). Beliau dianugerahkan gelaran "Tok Seri Indera Jaya" oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan menjawat jawatan Orang Besar 16.

Beliau berkahwin dengan YM Raja Aishah bt. Ngah Raja Makah ibn Daeng Peratis (m.1938 di Teluk Intan, Perak) dan YM Raja Saadiah bt. Raja Mahadi (berasal dari Beruas, Perak).
Beliau dianugerahkan 10 orang cahaya mata (melalui perkahwinan pertamanya), iaitu:

1. YM Raja Yong Arba'ayah bt. Raja Shahbuddin "Yan" (1902-1975). Beliau dimakamkan di Pengkalan Pegoh, Perak. Beliau berkahwin dengan YM Raja Kamaral Bahrain b. Raja Hj. Yahya b. Raja Mohamed Ali "Ami Wok" (1901-1965). Beliau dimakamkan di Perkuburan Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Mereka mendapat 5 orang anak, iaitu:

i. YM Raja Shahruzzaman b. Raja Kamaral Bahrain "Che Besar" (1921-1963). Beliau berkahwin dengan YM Raja Izaani bt. Raja Abdul Malik ibn Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah Habibullah II (Sultan Perak)
ii. YM Raja Hj. Shahrustan b. Raja Kamaral Bahrain (1924)
iii. YM Raja Shahrizan bt. Raja Kamaral Bahrain "Che Chor Zan" (m. 2003)
iv. YM Raja Mariam bt. Raja Kamaral Bahrain (1927-1991)
v. YM Raja Shahrin Nahrin bt. Raja Kamaral Bahrain "Wah @ Che Su" (1930-2001)


2. YM Raja Hj. Yeop Shaharuddin b. Raja Shahbuddin "Ayah Ngah" (1903-21 Oktober 1966). Beliau dimakamkan di Perkuburan Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Beliau berkahwin sebanyak 2 kali, iaitu:
a) YM Raja Halimah bt. Raja Chik Abdul Hamid b. Orang Kaya-kaya Engku Imam Paduka Tuan Raja Hj. Yahya b. Raja Daud Shahid @ Tengku Busu (1907-1970).
b) Engku Syarifah Hamidah bt. Raja Hj. Yahya (1908-1989)
Beliau mendapat 6 orang anak, iaitu:

i. YM Raja Maheran bt. Raja Hj. Yeop Shaharuddin.
ii. YM Raja Puteh Mahiyah bt. Raja Hj. Yeop Shaharuddin (1928-1961)
iii. YM Raja Hj. Abdul Hafidz b. Raja Hj. Yeop Shaharuddin "Yang Ahmad" (1930-2007)
iv. YM Raja Jaafar b. Raja Hj. Yeop Shaharuddin (1931)
v. YM Raja Uda Al- Khalidy b. Raja Hj. Yeop Shaharuddin (1932-1999)
vi. YM Raja Hasiah bt. Raja Hj. Yeop Shaharuddin "Amah" (1931-2003)


3. YM Raja Lope Zainuddin bin Raja Shahbuddin "Ayah Muda" (28 November 1910-21 April 1968). Beliau pernah berkhidmat sebagai penghulu di beberapa buah mukim, antaranya Mukim Teja (Gopeng, Perak). Beliau dimakamkan di Perkuburan Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Beliau berkahwin sebanyak 3 kali, iaitu:

a) YM Syarifah Alauyah bt. Syed Nong bt. Syed Abdullah al-'Attas (m.1991)
b) Mek Halus (berasal dari Kuala Kurau, Perak)
c) Hjh. Puteh bt. Ahmad @ Kee Hup Keong (1925-2004)
Beliau dianugerahkan 14 orang anak, iaitu:

i. YM Raja Mokthar b. Raja Lope Zainuddin (1935-2004)
ii. YM Raja Fatimah bt. Raja Lope Zainuddin (1936-1964)
iii. YM Raja Zaharah bt. Raja Lope Zainuddin (1937)
iv. YM Raja Argayah bt. Raja Lope Zainuddin (1940)
v. YM Raja Hjh. Rahaini bt. Raja Lope Zainuddin (1941)
vi. YM Raja Adzhar b. Raja Lope Zainuddin (1947)

vii. YM Raja Baharudin b. Raja Lope Zainuddin (1948). Beliau berkahwin sebanyak 2 kali, iaitu:
a) Salina Kim bt. Abdullah @ Kim Eng a/p Endin Chai (1953).
b) Rohani bt. M. Saad (1961) - Bercerai
Hasil daripada kedua-dua perkahwinan itu, beliau mendapat 5 orang anak, iaitu:
(a) YM Raja Adley Paris Ishkandar Shah b. Raja Baharudin (1978). Beliau juga merupakan penulis salasilah keluarga ini. Beliau berkahwin dengan Nirma Azura bt. Sulaiman b. Hj. Ismail b. Darus b. Budin b. Lebai Hassan (1982). Beliau mendapat seorang anak bernama:
YM Raja Idris Murshidul Azam Shah b. Raja Adley Paris Ishkandar Shah (2008).

(b) YM Raja Allen Jordan Izzuddin Shah b. Raja Baharudin (1981)
(c) YM Raja Dora Sophia Regina bt. Raja Baharudin (1986).
(d) YM Raja Shah Shameer b. Raja Baharudin (1991-1991)
(e) YM Raja Rima Shamerra bt. Raja Baharudin (1995)

viii. YM Raja Shahrome b. Raja Lope Zainuddin (1950)
ix. YM Mej. (B) Raja Kamaruzzaman b. Raja Lope Zainuddin (1952)
x. YM Raja Maheran bt. Raja Lope Zainuddin (1954-1955)
xi. YM Raja Shahriman b. Raja Lope Zainuddin (1956)
xii. YM Raja Azman b. Raja Lope Zainuddin (1957-1958)
xiii. YM Raja Dr. Zaitun bt. Raja Lope Zainuddin (1958)
xiv) YM Raja Izham b. Raja Lope Zainuddin (1959-1963)


4. YM Raja Mee Arbiah atau Raja Mimi Arbiah bt. Raja Shahbuddin (1914-1944). Beliau dimakamkan di Chenderiang, Perak. Beliau berkahwin dengan YM Raja Lope Shaharuddin b. Raja Mohamad b. Raja Ngah Kahar b. Raja Jaafar (Siak) (1910-1965). Beliau dimakamkan di Matang, Perak. Mereka dianugerahkan 5 orang anak, iaitu:

i. Y. Bhg. M Raja Datin Norshida bt. Raja Lope Shaharuddin (1936). Beliau berkahwin dengan Y. Bhg. Dato' Mahzan b. Abd. Manan (1934)
ii. YM Raja Norsiha bt. Raja Lope Shaharuddin (1937-1982)
iii. YM Raja Saidatul Zahariah bt. Raja Lope Shaharuddin (1938). Beliau berkahwin dengan YM Raja Mushar b. Raja Ahmad b. Raja Hamzah b. Raja Ngah Jaafar b. Raja Chik Usman b. Raja Hj. Ahmad (Engku Hj. Tua Riau) ibn YTM Raja Haji (Riau) ibn YTM Opu Daeng Chellak ibn Opu Tendriburang Daeng Rilaka ibn Opu La Madusila (Raja Tanah Bugis) (1936).
iv. YM Raja Saidatul Zaharian bt. Raja Lope Shaharuddin (1940)
v. YM Raja Saidatul Akmar bt. Raja Lope Shaharuddin (1942)


5. YM Raja Teh Saodah bt. Raja Shahbuddin (m. 1936?). Beliau berkahwin dengan YM Raja Hj. Jaafar.

6. Y. Bhg M Tan Sri Dato' Seri Raja Dr. Hj. Ahmad Noordin b. Raja Shahbuddin (1924). Beliau juga merupakan mantan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (1976-1980). Beliau berkahwin dengan Y. Bhg. Puan Sri Datin Seri Saliah bt. Hj. Abdul Wahab bin Hj. Abdul Hamid (1935).

7. YM Raja Kamaruddin b. Raja Shahbuddin (1928-2001). Beliau berkahwin sebanyak 3 kali, iaitu:
a) YM Raja Zaharah bt. Raja Abdul Aziz b. Raja Alang Ismara b. Raja Chik Usman b. Raja Hj. Ahmad (Engku Hj. Tua Riau) ibn YTM Raja Haji ibn YTM Opu Daeng Chellak ibn Opu Tendriburang Daeng Rilaka ibn Opu La Madusila (Raja Tanah Bugis) (1931-1990) - Bercerai
b) Robiayah bt. Shaik Kathee (1945)- Bercerai
c) Haminah bt. Mohd Nordin "Mak Jan" (1948)

Beliau telah memperoleh 11 orang anak, iaitu:

i. YM Raja Ahmad Baharuddin b. Raja Kamaruddin (1950)
ii. YM Raja Ahmad Tajuddin b. Raja Kamaruddin (1951-1978)
iii. YM Raja Rosli b. Raja Kamaruddin "Anuar" (1953)
iv. YM Raja Roslan b. Raja Kamaruddin "Achah" (1953)
v. YM Raja Abdul Aziz b. Raja Kamaruddin (1954)
vi. YM Raja Zainal Kharib b. Raja Kamarudin (1956)
vii. YM Raja Kamariah bt. Raja Kamaruddin "Ku Yah" (1957)
viii. YM Raja Tajul Ariffin b. Raja Kamaruddin (1959)
ix. YM Raja Aishah bt. Raja Kamaruddin "Puteh" (1962)
x. YM Raja Badrol Hisham b. Raja Kamaruddin (1965)
xi. YM Raja Zarina bt. Raja Kamaruddin (1966)


Manakala 3 orang anak yang lain tidak dapat d**enal pasti.

Saya amat mengharapkan mana-mana individu yang mempunyai hubungan kerabat dengan mereka dapat menghubungi saya

YM Raja Adley Paris Ishkandar Shah bin Raja Baharudin bin Lope Zainuddin bin Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbuddin bin Raja Dagang bin Tengku Busu

email - ibn_baharudin@yahoo.co.uk
ibn.baharudin@gmail.com
tel - 0195611794TEXT
« Last Edit: Mar 29th, 2009, 09:31am by Raja Adley Paris Ishkandar » Logged
Pesan pengarang Tufat Al-Nafis
by jejakkeluarga on 27 May 2009 11:10
PERHATIAN..
INI ADALAH SALINAN DARI FORUM LAMA UNTUK DITERUSKAN DISINI..
--------------------------------------------------------------------------------
Nama: Raja Kamarazaman Bin Raja Salim
Alamat: 43,Jalan Belinjau 6,
Taman Kota Jaya,
81900,Kota Tinggi,
Johor Darul Takzim.
Rumah: 07-883 9585
E-Mail: diraja@pd.jaring.my" onclick="window.open(this.href);return false" onclick="window.open(this.href);return false" onclick="window.open(this.href);return false
Tel: 019 704 2616
Kaitan?: Bersaudara
Ada di Salasilah?: 1 Bugis

AssalamMualaikum para keturunan Bugis.

Disini saya ingin mengingatkan kepada semua yang terlibat. Pesan pengarang Tufat Al-Nafis, ya itu Almarhum Raja Ali Haji pada mukasurat terakhir Kitab Tufat Al-Nafis.

Disuruhnya anak cucu keturunan raja raja Bugis yang mempunyai nama raja atau tidak untuk meneruskan atau dengan ertikata lain menyambung penulisan beliau.

Disini saya ingin memberi satu cadangan, bagaimana kalau dibuat buku Tufat Al-Nafis Salasilah? Kalaulah Tufat Al-Nafis yang pertama berbentuk cerita, maka Tufat Al-Nafis Salasilah berbentuk salasilah dari jurus Nabi Muhammad dan saya percaya Tun Suzana akan dapat membantu dalam hal ini. Saya juga ada menyimpan salasilah raja raja bugis dari Opu Lima Saudara yang diperolehi dari datok saudara saya yang masih hidup dan tinggal di Pulau Penyengat InderaSakti, Riau yang bernama Raja Abd Rahim Bin Raja Mansor.

Sebenarnya buku salasilah itu telah lama disiapkan atas usaha usaha beliau dan adalah wajar bagi kita menyalin kedalam bentuk yang lebih mantap lagi dalam masa yang sama update nama nama anak anak serta nama yang ketinggalan.

Saya berharap dapat maklumbalas dari pihak saudara dan saya sedia berkerjasama dalam menjayakan niat dan cita cita Almarhum Raja Ali Haji Pujangga Riau itu. Harap dapat hubungi saya untuk tindakan selanjutnya.

Salam untuk semua.
« Last Edit: Nov 2nd, 2006, 11:35am by Admin » Logged

--------------------------------------------------------------------------------

OPUPAJUNG
« Reply #1 on: Jul 26th, 2006, 8:55pm »

Teman nak tanya, Daeng Selili tu ada kene mengena tak dengan kome ni?Kalau ada tu saudara ni sedarah ler dengan teman...

--------------------------------------------------------------------------------

WAN ISMAIL BIN WAN DIN
« Reply #2 on: Nov 11th, 2006, 12:19am » Asalamualaikom
Yg Mulia Raja Kamarazaman,saya jua dari keturunan riau ia itu dari usup rawa merak mas riau adakah sama dengan Yg Mulia Raja........Wasallam

--------------------------------------------------------------------------------

syah
New Member
[quote author=Guest-Raja Kamarazaman B Raja Salim . Saya juga ada menyimpan salasilah raja raja bugis dari Opu Lima Saudara yang diperolehi dari datok saudara saya yang masih hidup dan tinggal di Pulau Penyengat InderaSakti, Riau yang bernama Raja Abd Rahim Bin Raja Mansor.

Sebenarnya buku salasilah itu telah lama disiapkan atas usaha usaha beliau dan adalah wajar bagi kita menyalin kedalam bentuk yang lebih mantap lagi dalam masa yang sama update nama nama anak anak serta nama yang ketinggalan.

Saya berharap dapat maklumbalas dari pihak saudara dan saya sedia berkerjasama dalam menjayakan niat dan cita cita Almarhum Raja Ali Haji Pujangga Riau itu. Harap dapat hubungi saya untuk tindakan selanjutnya.
alam semua,

raya tahun ni,bapa sy beraya di Perak.

semasa di Perak,ayah saya telah membawa pulang satu risalah keturunan.

Panglima Pancung Tak Bertanya merupa keturunan saya sebelah ayah.

di akhir salasilah keturunan itu,tertulis nama arwah nenek saya.Allahyarhamah Hatum Latifah binti Zainuddin.nama dia yang paling last.

kenapa dengan nama gelaran tu?bukan maen horror lg.



saya nak bertanya,sy pernah bertanya dgn arwah nenek sy,"tok nara diraja tu keje die wat ape?"

nenek sy jwb,"die jaga jin sultan"katanya sambil ketawa.

buktinya,rumah tok nara(bersebelahan kampung saya di Kota lama Kiri)kadang2 dikunjungi 2 org lelaki.

kata nya 2org lelaki tu bukan org.

jd saya tertanya2,apakah peranan sebenar Tok Nara Diraja ni..

sepupu saya pernah ckp,masa Sultan kat balairung,Tok Nara akan mengadap sultan.apa yg menarik,kesemua audio dan video tidak boleh direkod.dan mereka hanya berbisik


itu semua hanya mulut2 sahaja.tak tau betul ke x.
kalau salah,tolong betul kan saya.


Logged

--------------------------------------------------------------------------------



Raja Adley Paris Ishkandar
Junior Member


member is offline








Gender:
Posts: 60
Re: Pesan pengarang Tufat Al-Nafis
« Reply #17 on: Feb 8th, 2009, 3:53pm »

--------------------------------------------------------------------------------
on Dec 23rd, 2008, 01:33am, Guest-nadzmy wrote:salam semua,

raya tahun ni,bapa sy beraya di Perak.

semasa di Perak,ayah saya telah membawa pulang satu risalah keturunan.

Panglima Pancung Tak Bertanya merupa keturunan saya sebelah ayah.

di akhir salasilah keturunan itu,tertulis nama arwah nenek saya.Allahyarhamah Hatum Latifah binti Zainuddin.nama dia yang paling last.

kenapa dengan nama gelaran tu?bukan maen horror lg.



saya nak bertanya,sy pernah bertanya dgn arwah nenek sy,"tok nara diraja tu keje die wat ape?"

nenek sy jwb,"die jaga jin sultan"katanya sambil ketawa.

buktinya,rumah tok nara(bersebelahan kampung saya di Kota lama Kiri)kadang2 dikunjungi 2 org lelaki.

kata nya 2org lelaki tu bukan org.

jd saya tertanya2,apakah peranan sebenar Tok Nara Diraja ni..

sepupu saya pernah ckp,masa Sultan kat balairung,Tok Nara akan mengadap sultan.apa yg menarik,kesemua audio dan video tidak boleh direkod.dan mereka hanya berbisik


itu semua hanya mulut2 sahaja.tak tau betul ke x.
kalau salah,tolong betul kan saya.






Salam Nadzmy

Saya nak tanya, apakah anda ini berketurunan Tok Haji Besar Daeng Selili, bergelar Seri Maharajalela Tan Lela Putra Pancung Tak Bertanya? Setakat ni di Perak gelaran Pancung Tak Bertanya ini hanyalah berasal daripada keturunan Temenggong Paduka Raja Negeri Perak.

Berkenaan dengan gelaran Datuk Seri Nara Diraja pula beliau bertugas dalam mengurus hal ehwal istana dan keluarga diraja (royal household) sahaja. Wallahu 'alam. Berkenaan dengan hubungannya dengan jin, saya kurang periksa. Sila buat rujukan dalam buku "A History of Perak" yang diterbitkan oleh MBRAS dan ditulis oleh Sir R.O. Winstedt dan R.J. Wilkinson
Logged
Kepentingan Mempelajari Salasilah Keluarga
by jejakkeluarga on 27 May 2009 13:14
Author Topic: Kepentingan Mempelajari Salasilah Keluarga (Read 281 times)

Raja Adley Paris Ishkandar
Junior Member
Posts: 60
Kepentingan Mempelajari Salasilah Keluarga
« Thread started on: Sep 16th, 2008, 4:35pm »

--------------------------------------------------------------------------------
Assalammualaikum

Masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu kurang memiliki minat yang tinggi untuk menjejaki jurai keturunan atau salasilah keluarga mereka sendiri. Barang kali mereka beranggapan tiada sebarang faedah atau manfaat sekiranya mereka menyelidiki secara lebih mendalam tentang keluarga mereka. Kecenderungan menyimpan atau menulis rekod-rekod salasilah boleh dikatakan hanya terdapat dalam kalangan pemerintah khasnya golongan kerabat diraja atau pembesar-pembesar negeri. Tujuan penulisannya barang kali tidak lebih untuk menyatakan keabsahan pemerintahan mereka di sesebuah negeri atau jajahan taklukan mereka. Selain itu, terdapat juga segelintir masyarakat yang menyusun salasilah adalah bertujuan semata-mata ingin menuntut takhta kerajaan, kuasa atau harta perwarisan untuk diwarisi oleh generasi seterusnya.
Perkataan ‘salasilah’ berasal daripada kosa kata bahasa Arab yang bermaksud “daftar keturunan atau jurai keturunan”. Ensiklopedia Islam (2004), halaman 250 mendefinisikan salasilah sebagai “daftar atau susunan asal-usul keturunan, biasanya dimulai daripada tokoh yang dianggap penting dan dihormati yang memiliki nilai sejarah”. Pengetahuan tentang salasilah dianggap sebagai salah satu cabang ilmu yang penting khasnya dalam bidang sejarah dan ia dikatalogkan sebagai bidang sains sosial. Berdasarkan pengertian yang sempit, ilmu salasilah ini merupakan kajian berkenaan individu dan hubungannya dalam sesebuah keluarga. Walau bagaimanapun, sekiranya kita memahami pengertiannya yang luas, ilmu salasilah ini merangkumi kajian yang mendalam tentang sejarah, biografi, geografi, sosiologi, undang-undang, perubatan, linguistik dan sebagainya. Kita sewajarnya berpegang kepada takrifan yang luas kerana kita bukan hanya sekadar ingin mengetahui nama dan tarikh penting yang dilalui nenek moyang kita sahaja, tetapi juga corak kehidupan mereka serta sumbangan mereka terhadap agama, bangsa dan negara mereka. Apa yang lebih penting ialah pengkajian tentang ilmu salasilah keluarga mampu memupuk jati diri seseorang individu.
Pengkajian terhadap ilmu salasilah juga memerlukan pengorbanan yang besar kerana para pengkaji dalam bidang ini terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting daripada ahli keluarga yang d**enali atau tidak. Maklumat-maklumat yang diperoleh itu sama ada maklumat lisan atau sumber bertulis perlu dipastikan kesahihannya agar tidak dipertikaikan oleh pihak-pihak lain yang mempunyai autoriti.
Justeru, penulisan salasilah perlu diberi keutamaan sekiranya seseorang itu ingin menjejaki semula sejarah asal-usul keturunannya. Tambahan pula, salasilah keturunan seseorang itu amat penting d**etahui dalam masyarakat yang bertamadun. Menjejaki asal-usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat kepada penerusan hubungan silaturahim antara kaum kerabat. Pengekalan hubungan silaturahim sesama kaum kerabat pula sangat dituntut oleh Islam.

ALLAH S.W.T. berfirman:
“Dan bertakwalah kepada ALLAH yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat...”
(Surah an-Nisa’: 1)

Logged

12 comments:

WarisRajaHajiFisabilillah said...

Salam Perkenalan Untuk Semua..

Anonymous said...

salam,saya ingin tahu salasilah raja haji yahya ibn Raja saad shahid .dan saya nak tahu betul ker ini adalah keturunan anak raja yang sepatutnya naik tahtha tapi telah melarikan diri dan menjadi orang biasa.thanks

Anonymous said...

salam...
terlalu ramai waris sultan abdul samad ye.. saya berasal dari jeram jugak.. duk batu 18.. mmg ramai waris sultan abdul samad.. saya pn tgh uruskan berkaitan salasilah keluarga saya.. sapa2 yg tinggalkan email mungkin saya leh bantu tempat mana nak rujuk untuk cari salasilah keturunannya

sheikh z said...

salam ...

Saya ingin mencari salasilah keturunan "Lebai Hasan" sekitar Kota Kuala muda,Kedah,Sbrg Perai & P. Pinang dan seluruh M"sia...Kebanyakkn menetap di Kedah.

Sekiranyanya ada maklumat Hubungi saya....Zack lavender.bizz@gmail.com
0194025990

imanbalqish said...

Salam. Sy ingin tau salasilah keluarga saya yang berasal dr keturunan sultan abdul samad. Email saya : imanbalqish@gmail.com

Terima kasih

Anonymous said...

sorry my email da kena heck maka saya menjelma sebagai anonymous,segala yang hilang memang lah masih ada tapi tidak bertahta,bersabar lah semua.mana mungkin sultan yang ada turun pangkat.
si Bugis (onyangku juga)memberi putera2 nya untuk di jadikan raja di negeri orang serta menolong Melaka(Malaysia) menentang penjajah sehinggalah raja Bugis tiada pewaris di negeri sendiri umpamanya biarlah asal kembali kepada asal "wak asal balik asal"
sama juga dengan Langkasuka masih tiada raja asal bertahta setelah raja Rom go to Chinna,haha.. happy new year all 2013

Anonymous said...

Brokersring.com - Learn how to turn $500 into $5,000 in a month!

[url=http://www.brokersring.com/]Make Money Online[/url] - The Secret Reveled with Binary Option

Binary Options is the way to [url=http://www.brokersring.com/]make money[/url] securely online

Anonymous said...

tolong lah cri mklumat pasal tokoh di bukit keledang di kuala terengganu

azhar maswan said...

Salam..

Mohon email pada saya jika ada maklumat berkaitan sultan abdul samad. Dari keturunan Raja Abdullah bin Sultan Abdul Samad.

Ini email saya: azhar.biz@gmail.com

terima kasih

Anonymous said...

saya dapati sultan abd samad ada isteri d jawa. malah baginda sendiri bukan bugis tapi jawa. kerana salah sorang anaknda beliau memakai nama Raden. betul ker?

Anonymous said...

malah anaknda baginda d riwayatkan bermastautin d kota semarang..kemudian menetap d kota bharu kelantan selepas berkahwin dengan seorang kerabat raja jembal kelantan

Anonymous said...

YM iman balqish n YM azhar, mohon sebutkan sedikit susurgalur YM berdua d sini utk rujukan.