Followers

Misteri dan Kesaktian Al-Quran Penyembuh Segala Penyakit

Ketahuilah bahawa Al-Quran Al-Karim merupakan penawar segala penyakit rohani dan juga jasmani.
Adapun penyakit rohani terbahagi kepada dua iaitu :
1. I'tiqad (pegangan keimaanan) yang batil.
2. Akhlak Yang tercela.
I'tiqad yang batil ini seperti penyaksian yang rosak dalam aspek ketuhanan, kenabian, Janji Allah, qada dan Qadar Allah. Dan Quranlah penyembuh penyakit ini dimana didalam Al-Quran terdapat banyak dalil @ bukti Pegangan yang betol yang mana ianya dituntut oleh Islam. Dan dalil yang meruntuhkan iktiqad yang salah serta rosak ini.
Akhlak yang tercela pula seperti takabbur, bangga diri, hasad dengki dan sebagainya. Di dalam Al-Quran banyak membicarakan tentang ini secara terperinci yang mana Allah amat membenci terhadap pelaku akhlak yang buruk ini.
Jadi Jelaslah Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit ruhani.
Adapun penyakit jasmani seperti demam, gangguan syaitan serta iblis, lemah ingatan dan sebagainya. Maka seseorang itu mengambil keberkatan dengan membaca ayat-ayat daripada al-Quran bagi mempertahankan dari segala penyakit yang datang.

Bagaimanakah yang dikatakan al-Quran itu penawar segala penyakit?!

Untuk mengetahui jawapan dari persoalan ini, mari sama-sama telusuri cara-cara menyembuhkan segala penyakit dengan al-Quran al-Karim mengikut kaedah yang berbagai-bagai. Antaranya :
• Kaedah Pertama : Membaca al-quran kesemuanya atau sebahagiannya keatas si pesakit.

Kaedah ini hukumnya adalah harus, samada pembacaan itu dengan upah (bayaran) ataupun tidak.

"Bahawasanya para Sahabat –meredholah Allah keatas mereka- mereka membacakan al-Quran keatas pesakit, maka telah sembuhlah ia dengan izin Allah."
Dan telah tetap juga bahawa mereka mengambil upah (bayaran) dengan kitab Allah tersebut. Dan Nabi s.a.w tidak menegah keatas demikian.

Daripada Ibnu Abbas –meredholah Allah keatasnya- :
Adalah daripada Sahabat-Sahabat Nabi s.a.w telah bepergian, mereka telah berlalu dengan air yang pada mereka itu terdapat sengatan (bisa) –atau racun- Lalu mereka telah disindir oleh seorang yang tahu menegenai air (pakar air). Maka dia berkata : adakah dikalangan kamu yang dapat menyembuhkannya? Sesungguhnya air yang ada pada lelaki itu berbisa, (atau beracun). Maka keluar seorang lelaki dari kalangan mereka dan membacakannya Fatihatil Kitab (al-Fatihah) atas hajat (upah), maka sembuh. Dan dia telah datang dengan hajat (ingin upah) kepada sahabat-sahabatnya, maka mereka tidak menyukai demikian, seraya berkata : kamu mengambil keatas kitab Allah sesuatu ganjaran (upah)?! Hingga mereka kembali ke Madinah. Maka mereka berkata : Wahai RasuluLlah, telah mengambil seorang lelaki keatas kitab Allah itu akan ganjaran (upah). Maka berkata RasuluLlah s.a.w : " Sesungguhnya lebih berhak apa yang kamu telah ambil keatasnya Kitab Allah akan ganjaran."

Hadis- hadis diatas menunjukkan bahawa harus membacakan al-Quran terhadap apa yang racun atau bisa, pesakit, orang yang selalu ditimpa sakit, penyakit tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

• Kaedah Kedua : Membaca al-Quran beserta hembus atau ludah (tanpa air liur) di tapak tangan dan mengusap ke jasad dengannya.

Dan kaedah ini juga adalah diharuskan. Samada hembusan demikian untuk diri pembaca tadi ataupun dibuatnya untuk bagi orang lain. Samada untuk pelindungan (penjagaan) daripada segala jenis penyakit ataupun untuk mengubati.

Daripada 'Aisyah –meredholah Allah keatasnya- katanya :
Adalah RasuluLlah s.a.w apabila baginda mendiami dikatil baginda (sebelum tidur), Baginda telah menghembus tapak tangan baginda dengan "qulhuwallahu ahad" (Surah al-Ikhlas) dan dengan 2 surah pelindungan (iaitu surah al-Falaq dan an-Nas), kemudian menyapu dengan keduanya pada wajah baginda dan apa yang telah sampai tangan baginda pada tubuh baginda. Telah berkata 'Aisyah : Maka tatkala aku sakit, adalah baginda menyuruh aku bahawa aku berbuat demikian dengannya.

Disini terdapat perbezaan ulama terhadap perbuatan penghembusan tersebut, walaubagaimanapun perbuatan menghembus menggunakan ayat-ayat al-Quran atas tujuan yang mendatangkan manfaat dan tidak memudharatkan hukumnya adalah harus selagi ianya tidak mengsyirikkan Allah S.W.T. Dan tedapat banyak hadith-hadith sohih berkenaan yang demikian.

• Kaedah Ketiga : Menulis sebahagian ayat-ayat al-Quran dan menghubungkan keatas siapa-siapa yang hendak berubat dengan al-Quran.

Maka sesungguhnya telah datang daripada Orang-orang Soleh yang terdahulu, bahawa mereka menulis sebahagian ayat-ayat al-Quran dan zikir-zikir lalu mereka menghubungkannya keatas pesakit dan keatas anak-anak mereka.

Telah datang hadith daripada 'Abdullah bin Umar. Adalah beliau ini seorang yang cepat faham ketika baligh dan ketika kanak-kanak.
Perkatan Nabi Muhammad s.a.w :
"أعوذ بكلمات الله التامات من غضبه وعقابه وشر عباده ، ومن همزات الشياطين ، وأن يحضرون ".
Dan siapa yang tidak fasih lidah daripada mereka, tuliskannya pada lembaran kemudian hubungkannya (gantung) pada lehernya (iaitu pesakit).
_(Riwayat Bukhari, Sunan Tarmizi).

telah diriwayatkan bahawa seorang lelaki telah mengadu kepada al-Imam Asy-Syafi'e akan sakit dalaman, Maka telah ditulis baginya pada kepingan kulit @ perca kain @ kertas tulis :
( بسم الله الرحمن الرحيم )_(surah al-Fatihah_1),
( فكشفنا عنك عطاءك فبصرك اليوم )_(Surah Qaf_22),
( للذين آمنوا هدى وشفاء )_(surah Fusilat_44)
Maka telah dihubungkan kepada lelaki tersebut keatas dirinya, maka sembuh.

• Kaedah Keempat : Menulis sebahagian al-Quran (dengan dakwat air) kemudian memandikan dengan air tersebut dan kemudian meminumkannya akan pesakit atau mencurahkan keatas jasadnya. Kaedah ini dinamakan an-Nasyirah ( النشرة )

Dan adalah umat soleh yang terdahulu, mereka juga beramal dengan kaedah ini.- dan telah datang daripada mereka pada demikian hadith-hadith yang berbilang. Antaranya :

Telah diriwayatkan bahawa al-Imam Ahmad adalah beliau menulis bagi seorang wanita "apabila menyempitkan keatasnya (wanita) dan keatas anaknya" dibekas (emas atau perak) yang bersih atau sesuatu yang putih :
" لا إله الله الحليم الكريم ، سبحان الله العرش العظيم "
( الحمد الله رب العالمين )_(Surah al-fatihah_2)
( كأنهم يوم يرون ما يعودون لم يلبثوا إلا ساعة من نهار بلاغ )_(Surah al-Ahqaf_35)
( كأنهم يوم يرونها لم يلبثوا إلا عشية أو ضحاها )_ (Surah an-Nazi'at_46)

Telah diriwayatkan bahawa sebahagian orang-orang soleh ditimpa kesukaran kencing, maka telah ditulis pada kertas :
»' Basmalah '
( وبست الجبال بسا * فكانت هباء منبثا )_ (Surah al-Waqi'ah_5 & 6)
( وحملت الأرض والجبال فدكتا دكة واحدة )_ (Surah al-Haqqah_14)
(دكا دكا )_ (Surah al-Fajr_21)
Dan meletakkan keatasnya akan air dan meminumnya, Maka mudah keatasnya (pesakit) akan kencing, dan ditemui sejenis batu kecil (atau temui perbuatan sihir).

Telah disebutkan al-Imam Alusi bahawa al-Imam al-Qusyairi telah sakit baginya anak, hingga putus asa daripada hidupnya, maka telah melihat Allah Ta'ala dalam tidurnya, maka telah mengadu baginya demikian, Maka berfirman Allah ta'ala baginya : " Himpunkan ayat-ayat asySyifa' (penawar) dan bacakanlahnya (ayat-ayat) keatasnya, atau tuliskanlah ia pada bekas yang terbentang (piring) padanya apa yang sebati dengannya (air), maka beliau telah melakukan. Maka disembuhkannya oleh Allah Ta'ala.

Dan adalah termasuk pada kaedah ini juga kaedah membaca al-Quran keatas air kemudian diberi minum akan pesakit atau mencurahkan keatasnya.

Diantara semua kaedah-kaedah ini tidak dapat tidak terdapat pertentangan diantara sebahagian Ulama'. Walaubagaimanapun segala pertentangan dan bangkangan itu telah pun dijawab oleh sebahagian Ulama' yang lain dengan beberapa jawapan yang berdalilkan hadith-hadith yang sohih sanadnya.

Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam kitab Fath al-Bari menerangkan bahawa Ulama' bersepakat kesemuanya atas harus jampian itu dengan tiga syarat :

1- Hendaklah jampian itu dengan Kalam Allah Ta'ala, atau dengan nama-namanya atau dengan sifat-sifatnya.
2- Hendaklah dengan lisan arab atau dengan apa yang diketahui maknanya daripada selainnya.
3- Hendaklah ber'iktikad (pegangan di dalam hati) akan pengjampi dan yang kena jampi baginya bahawa jampian itu tidak memberi kesan zatnya (jampian) melainkan dengan izin Allah Ta'ala.

Dan jampian ini jika diikut kesemua syarat-syarat ini, maka ia bukanlah penyembuh atau pengubat pada hakikanya, dan ia merupakan doa dan pengharapan seorang hamba kepada Penciptanya yakni Allah S.W.T. Dan doa adalah ibadah yang besar. Dan ia juga merupakan senjata bagi orang Mu'min.

Telah bersabda RasuluLlah s.a.w :
" Wahai hamba-hamba Allah, berubatlah kamu, maka sesungguhnya Allah –'Azza waJalla- tidak meletakkan penyakit kecuali telah diletakkan baginya penawar selain satu penyakit",
Telah berkata para sahabat : Apakah itu?
Baginda Sabda " iaitu Tua "
_(Riwayat Ahmad)

* Segala yang diatas adalah saya rujuk dari kitab :
ميزات القرأن على الكتب المنزلة من الرحمن الرحيم
Karangan Doktor Razzak Muhammad Razzak AsSawahili, pengajar subjek Tafsir dan Ulumul Quran di Kuliah Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Tanta.

No comments: