Followers

Kisah Jauhari dan Maknikam

Salam sejahtera kengkawan.
Izinkkan hamber bercerita sedikit tentang kisah jauhari dan maknikam.
Kiter hidup didunia ini hanyalah sementara sahaja. Jadi dalam perjalanan ini, kebanyakan kiter selalu saja tersalah sangka. Dalam mencari sesuatu, kita sering tertipu. Kiter sangka yang kiter guna dan simpan itu adalah sebiji intan tetapi pada hakikatnya hanyalan sebiji pasir. Kiter sangkakan ianya intan kerana orang ramai berkata itulah intan. Maka kiter pun satuju dan kutip tanpa ragu-ragu. Kadang-kadang kite berasa bangga pulak dengan intan yang kita miliki. Sesungguhnya diakhir hayat nanti tahulah kiter bahawasanya kiter selama ini telah tertipu kerana kejahilan kiter sendiri. Kadang-kadang kiter tertipu dek kerana kiter dijahilkan oleh orang lain. Kiter tertipu diatas persepsi ramai.
Bagi para Jauhari yang mengenal maknikam, tidaklah semudah itu mereka menerima persepsi ramai. Jauhari mengenal dimanakah sebiji intan diatas timbunan pasir walaupun khalayak mengatakan yang bertimbun itulah sebenarnya intan.
Disini marilah kiter membezakan sifat-sifat Jauhari yang afiffin dengan mereka yang jahil.
SiJauhari kenal akan dirinya dan kenal akan Tuhannya
Si Jahil puler jahil akan dirinya dan jahil puler akan tuhannya.
Si Jahil - Apabila mereka melihat saudara seIslamnya senang dan mewah sedikit hidupnya. mereka mula cemburu dan menyangka yang bukan-bukan. Kadang-kadang timbul perasaan dengki. Kadang-kadang diushakan agar sikaya itu jatuh miskin macam mereka. Barulah puas hati mereka.
Si Afiffin: Apabila mereka melihat saudara seIslamnya senang dan mewah maka mereka berasa gembira. Mereka mengucap syukur dan tumpang suka. Mereka mendoakannya lagi supaya saudaranya itu bertambah senang.
SiJahil - Diberi bunga dibalas racun yang bisa dan pedih.
SiAriffin - Diberi racun, dibalas dengan madu
SiJahil - Diberi madu dibalas hempedu.
SiAriffin - membawa bekas yang kosong untuk menuntut ilmu. Sijahil puler membawa bekas yang penuh dengan ego untuk menuntut ilmu. Guru tak tahu dimana nak curahkan ilmu mereka kerana bekas dah penuh.
Sijahil - Mendengar keaiban saudara seislam, pukul canang. Umpat dan keji supaya mereka itu mendapt malu. SiJahil tidak tahu bahawa perbuatan itu akan memulakan bersemaraknya api dendam antara umat. Mengalakkan berpecah belah dan bermsuh-musuhan. Maka sebenarnya sijahil tadi berafa'al dengan afa'al Jin dan Syaitan. Memang itulah tujuan Syaitan. Maka matinya kelak akan berada digengaman syitan. Mereka akan tertipu semasa meniti jambatan sakaratalmaut.
SiAfiffin - menyembunyikan keaiban saudara seislam dan juga manusia lainnya. Tidak mahu saudaranya mendapat malu. Berahsia. Kadang-kadang rahsia dibawa sampai kemati. Marahlah Iblis kat mereka.
SiJahil -Bersangka merekalah yang berilmu. Kitab tinggi melangit dan berasa bangga dengan ilmunya dan akalnya.
SiAriffin - Ilmu adalah anugrah Yang Maha Pengasih. Akal adalah baharu dan tak mampu mendescipsikan perihal Allah Azzawajalla.
SiJahil - menabik dada.
Si Ariffin - Merendah dan berlapang dada.
Sijahil - Kerana dunia dan kerana Manusia. Beribadat untuk dipandang manusia dan masyarakat.
SiAriffin - kerana akhirat dan kerana Allah dan Rasul. Menyembunyikan kebaikkan diri.
SiJahil - melupaka kebaikkan orang terhadap diri mereka.
SiAriffin - mengingat kebaikkan orang lain terhadap mereka, walaupun hanya seteguk air atau sepinggan nasi, mereka tetap mengenangnya sampai kemati.
SiJahil - Bangun tidur, terus bungkas.
Si Ariffin - Celik mata sahaja terus mendoakan ummat, haiwan dan tumbuh-tumbuhan semuga didalam rahmat dan peliharaan Allah Yang Maha Rahman lagi Rahim.
Begitulah serba sedikit tentang perbezaan antara Jauhari yang mengenal maknikam lagi Ariffin. Semuga sahabat-sahabat hamber dirahmati Allah dari dunia sampai akhirat. Hamba pun jahil juga. hanya pandai bercerita sahaja.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Entah bagaimana saya tejumpa tulisan ini kerana mencari satu kata "Hanya Jauhari yang kenal Maknikam" kerana saya sedang mebuat catitan pertemuan dengan seseorang yang kita bicarakan iaitu "antara berguru dengan bermursyid" yakni antara Muhammad dengan Rasulallah. Sebagaimana disebut oleh Hujjatul Islam Imam al Ghazali " Ulama itu adalah Pewaris nabi dan tidak pula semua Ulama itu Pewaris nabi"




Amat bersetuju dengan tulisan tuan, ya alhamdulillah teruskan menulis.