Senandung Malaya kita nyanyikan bersama, Bidadari Kayangan turut bernyanyi bersama bertebaran, Dilaut Khalzum menjadi seharum Kasturi, Andai kau bisa derita sengsara bersamaku, Nescaya Mentari Kembali menyinar, Setelah fajar menyinsing rembulan berlalu pergi, Hanya Pungguk dipanah mentari. Masa tetap berlari lari, Tanpa peduli kanan dan kiri walau apa terjadi, Pastikan Kita berlari senada, Nescaya waktu mencemburui kita.
Followers
bicara agama
Bilal dilatih bunuh Nabi
SUSUNAN SITI AINIZA KAMSARI
TIDAK seperti sesetengah umat Islam yang telah lama memeluk Islam atau dilahirkan sebagai Islam sejak lahir, tetapi iman mereka tetap senipis kulit bawang.
Amat berbeza apabila kita memperkatakan iman Bilal bin Rabah yang langsung tidak goyah malah sangat kental ketika teruk diseksa oleh tuannya, Umaiyyah bin Khalaf. Pada hal beliau baru sahaja memeluk Islam ketika itu.
Bayangkan selama dua hari berturut-turut Bilal diseksa dengan dipakaikan baju besi dan dijemur di tengah-tengah kepanasan padang pasir dan batu besar yang dihempap ke atas dadanya menambahkan lagi penyeksaan.
Sebelum itu, lehernya diikat tali untuk diheret dan dibaling batu oleh kalangan Musyrik Mekah ketika dibawa Umaiyyah untuk diseksa di padang pasir.
Anda hayatilah kisah hidup Bilal menerusi sebuah buku Novel Sejarah Islam terbitan PTS (2009) karya Abdul Latip Talib; Bilal bin Rabah - Pengumandang Seruan Langit.
Walaupun buku ini tidak lebih sebuah karya berbentuk novel atau penceritaan dengan gaya bahasa yang bebas namun semua itu bertujuan untuk menajamkan lagi pengetahuan dan mempertahankan fakta-fakta sejarah yang ada.
Pada buku ini diberikan gambaran yang jelas dan mendalam mengenai kehidupan sebagai hamba sahaya yang dilalui oleh Bilal dan keluarganya.
Ibu bapanya, Rabah dan Hamamah sebenarnya bukanlah berasal dari golongan hamba, tetapi mereka cuba berhijrah dari Habsyah untuk mencari kehidupan yang lebih baik di Mekah. Tetapi dalam perjalanan mereka telah diserang dan menjadi tawanan yang kemudiannya dijual sebagai hamba di Pasar Ukaz.
Mereka kemudiannya dibeli oleh keluarga Bani Abu Dar yang sangat terkenal dengan kekayaan dan kehidupan yang mewah.
Pasangan suami isteri ini kemudiannya dibeli oleh keluarga Bani Abdul Dar dan tinggal di daerah As-Sarah yang terletak di pinggir Kota Mekah. Namun malangnya tuan yang membeli mereka bersifat kejam dan langsung tidak berperi kemanusiaan terhadap Rabah dan Hamamah. Namun selama dengan keluarga itu, lahirnya anak sulung mereka, Sahib dan Bilal sendiri iaitu 43 tahun sebelum Hijrah.
Menjadi hamba sahaya bererti mereka bukan manusia. Ini apabila Sahib kemudiannya diambil, dipisahkan dan dibawa ke Yaman untuk dijual seperti barang di sana.
Ibu bapa mana yang bagai disambar halilintar, terkejut apabila anak kesayangan mereka hendak diambil begitu sahaja. Hanya kerana si anak dijangka dapat dijual dengan harga yang mahal maka tidak ada hak untuk ibu bapanya menahan perbuatan si majikan.
Umaiyyah bin Khalaf adalah dalangnya, yang hendak membantu Abu Dar menjual Sahib bagi membolehkan mereka berkongsi keuntungan dengan menjual seorang manusia!
"Kamu milik keluarga Abdul Dar. Tuan kamu bersetuju jika aku mengambil salah seorang anak kamu bagi dijual di Yaman. Kamu tidak ada hak membantah!," tengking Umaiyah bin khalaf apabila Rabah dan Hamamah merayu dan cuba menahan dari anak mereka dibawa pergi.
Bayangkan kesedihan yang ditanggung lebih-lebih lagi si ibu apabila berlaku perpisahan yang kejam seperti ini. Hati ibu mana yang tidak hancur luluh apabila anak bagai disambar seekor helang, yang tidak mungkin akan ditemui lagi.
Sehinggalah si ibu mendengar sendiri, anak kesayangannya berjaya dijual dengan harga yang mahal yang menyebabkan pinggan di tangan jatuh terhempas di lantai akibat terlalu terkejut.
Akibatnya Hamamah dibelasah dan diseksa oleh tuannya, Abdul Dar kerana beliau didapati menyebabkan sebiji pinggan yang mahal, jatuh dan pecah berderai! Dadanya ditumbuk sehingga wanita malang itu jatuh ke lantai. Tidak cukup itu, Hamamah ditendang semahu-mahunya sehinggalah Umaiyyah datang meminta Abu Dar berhenti menyeksa Hamamah.
"Jika kamu terus memukulnya, dia akan mati. Kita juga yang rugi kerana tidak dapat menjualnya," kata Umaiyah.
Si ibu yang malang itu akhirnya jatuh sakit, sakit menanggung rindu terhadap anak yang diragut pergi dan sakit akibat diseksa. Semua ini memberikan tekanan sehingga tidak ada mental dan fizikal yang dapat bertahan. Si ibu akhirnya pergi buat selama-lamanya. Membawa bersama kerinduan terhadap si anak dan penderitaan akibat tidak mempunyai hak-hak kemanusiaan terhadap diri sendiri.
Akhirnya Rabah sendiri mengikut jejak isteri tercinta, jatuh sakit akibat terlalu diperhambakan dan akhirnya meninggal dunia yang menyebabkan kini tinggallah si Bilal seorang diri sebatang kara di dunia ini.
Begitulah sejarah awal kehidupan Bilal yang penuh dengan kepedihan, menjadi mangsa zaman atau era kejahilan yang teruk apabila manusia dinilaikan harganya sama ada murah atau mahal untuk dijual! Tidak ubahnya seperti hendak menjual haiwan ternakan, unta, lembu, kambing dan sebagainya!
Namun menarik mengenai Bilal ini sedari kecil beliau sememangnya tidak pernah menyembah berhala. Kala hayat ayah dan ibunya masih ada, mereka pergi ke Kaabah lalu menyembah tuhan-tuhan yang ada di situ sambil menangis, mengadu supaya anak mereka, Sahib dipulangkan semula ke pangkuan keluarga.
Namun Bilal hanya memerhatikan sahaja perbuatan ibu bapanya itu.
"Mak, ayah bolehkah patung berhala itu mengembalikan abang Sahib kepada kita?," tanya Bilal semasa dalam perjalanan pulang dari Kaabah itu.
Rabah dan Hamamah serba salah hendak menjawab pertanyaan anaknya itu. Tetapi akhirnya berkata: "Itu tuhan kita sejak turun temurun. Jika tidak mereka kepada siapa lagi kita hendak mengadu?"
Namun Bilal tidak pernah meneruskan tradisi penyembahan itu kerana percaya berhala itu hanya sekadar patung yang tidak bergerak dan bisu.
Ini kerana baginya jika benar berhala-berhala itu berkuasa, tentunya beliau dan keluarga telah lama bebas dari belenggu rantai perhambaan seperti selalu diminta oleh ibu bapanya sebelum ini.
Tetapi tahukah anda, Bilal pernah memasuki pertandingan gusti iaitu satu pertandingan yang sebelum ini tidak pernah terbuka kepada golongan hamba sahaya.
Semua ini semata-mata rancangan jahat tuannya, Umaiyyah bin Khalaf dan lain-lain pembesar Quraisy yang membincangkan mengenai satu komplot. Mereka setuju kemudiannya supaya Bilal menjadi seorang 'kaki gaduh' atau lebih tepat 'pembunuh terlatih' untuk membunuh seseorang yang sangat mulia di muka bumi ini, Nabi Muhammad SAW!
Setelah memasuki beberapa pusingan perlawanan, iaitu dengan mengalahkan para peserta yang terdiri dari golongan hamba juga, akhirnya Bilal memenangi kejuaraan setelah berjaya menumbangkan lawan yang dikatakan lebih berusia darinya.
Bilal kemudiannya diberikan sebilah pisau yang tajam yang dilumurkan racun yang paling berbisa dan disembunyikan dalam jubah yang dipakai oleh hambanya itu.
Bilal kemudiannya 'meminta' bantuan daripada sahabat baik baginda, Abu Bakar As Siddiq untuk membawanya berjumpa dengan Rasulullah bagi menjayakan misi 'membunuh' Nabi Muhammad seperti yang diperintahkan oleh tuannya.
Tetapi tahukah anda mengapa Bilal yang dipikulkan dengan tugas yang berat ini? Mengapa tidak pemuda-pemuda lain yang lebih 'terlatih' dan tangkas untuk menamatkan riwayat baginda.
"Saya mencadangkan kita adakan perlawanan gusti di kalangan hamba-hamba kita. Siapa yang muncul sebagai juara kita boleh gunakan bagi membunuh Muhammad. Jika Bani Hashim hendak menuntut bela, kita boleh serahkan hamba itu kepada mereka bagi dibunuh. Kita tidak rugi apa-apa!," kata Abu Jahal dalam komplot hendak membunuh Nabi itu.
Adakah Bilal tega atau sanggup membunuh Nabi Muhammad sedangkan beliau sendiri tidak sabar-sabar untuk mengenali baginda setelah mendengar pelbagai cerita sebagaimana diceritakan oleh penduduk Mekah di sana sini mengenai Nabi Muhammad.
"Benarkah Nabi Muhammad ini penyelamat yang selama ini yang ditunggu-tunggu oleh kaum yang tertindas. Benarkah agama yang dibawanya akan memberikan seribu rahmat terhadap semua manusia.
"Benarkah Islam itu agama yang akan memberi keadilan kepada semua pihak, bagaimana dengan aku yang dilahirkan sebagai hamba ini? Bolehkah agama itu membebaskan aku dan menjadikan manusia yang merdeka?" kata Bilal.
Pelbagai pertanyaan mengenai Nabi Muhammad dan Islam bermain di kotak fikiran Bilal.
Namun fikirannya juga terganggu mengenangkan tawaran dari tuannya yang kononnya akan memerdekakan Bilal jika hambanya itu berjaya membunuh Nabi Muhammad.
"Untuk bebas dan menjadi manusia yang bebas dan merdeka ini sememangnya menjadi impian setiap hamba sahaya seperti ku ini.
"Jadi tawaran dari Umaiyyah ini tidak kurang menariknya juga. Semudah aku membunuh Muhammad dan aku akan merdeka" katanya.
Anda tahu Nabi Muhammad sentiasa terpelihara keselamatan baginda dari menerima sebarang ancaman maut. Tidak ada catatan sejarah yang merakam baginda berjaya dibunuh oleh Bilal.
Jadi apakah sebenarnya berlaku, ini kerana jika Bilal tidak berjaya membunuh baginda, tetap ada hukuman yang menanti, nyawanya akan menjadi galang ganti, beliau pula yang akan mati!
Mahu tidak mahu, demi nyawa sendiri Bilal mesti menjayakan misi ini. Ikuti selanjutnya keluaran akan datang!
ARKIB : 14/09/2009
Pencarian lailatul qadar
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
KITA sudah pun berada dalam sepuluh hari-hari terakhir Ramadan yang dirindui oleh para kekasih Allah SWT. Ini bererti kita sudah memasuki sepertiga terakhir Ramadan yang menandakan Ramadan akan melambaikan salam perpisahannya dalam beberapa hari yang pendek.
Hari-hari ini dirasakan pendek oleh para Solehin kerana mereka begitu yakin dengan ketinggian nilai dan keistimewaan hari-hari ini yang menyebabkan mereka seolah-olah merasa tidak mencukupi dengan saki-baki minit dan jam yang ada.
Begitu banyak amal bakti yang belum sempurna dipersembahkan ke hadrat ilahi. Masih banyak bukti pengabdian yang belum sempurna dipersembahkan ke hadapan-Nya.
Di suatu sudut lain, sebahagian orang pula merasakan hari-hari ini begitu pendek kerana pelbagai kesibukan duniawi apabila mengenangkan Hari Raya yang menjelang tiba.
Pelbagai persiapan pakaian, rumah dan juadah yang hendak disempurnakan. Masih banyak urusan kerja dan perniagaan berkaitan Ramadan dan Aidil Fitri yang belum selesai.
Jika tidak berwaspada, sinar hari-hari terakhir Ramadan ini mudah pudar dan tenggelam dalam keriuhan ambang Syawal sedangkan sepertiga terakhir Ramadan inilah merupakan peringkat terpenting dalam madrasah Ramadan yang sedang kita lalui ini.
Keutamaan lailatul qadar
Keutamaan utama hari-hari terakhir Ramadan ini berputar sekitar pemburuan mendapatkan keutamaan lailatul qadar.
Satu malam gilang-gemilang yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Malam yang begitu agung dalam kerajaan langit sehingga diabadikan dalam suatu surah al-Quran yang khusus untuk mengisytiharkan keistimewaannya iaitu surah al-Qadr.
Bagi mereka yang sentiasa menjadikan urusan amal ibadah sebagai tumpuan perhatian dan kebimbangan mereka, inilah satu tawaran istimewa daripada Allah SWT yang 'haram' dilepaskan.
Sangat malanglah bagi seorang hamba yang dikurniakan hadiah begitu berharga daripada Tuhannya sendiri tetapi tidak mengendahkannya atau tidak menerimanya dengan baik.
Benarlah pesan Rasulullah SAW bahawa, "Sesiapa yang diharamkan mendapat kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah diharamkan. (daripada mendapat segala kebaikan)".
Memang lailatul qadar adalah suatu hadiah atau anugerah bagi umat ini. Para ulama meriwayatkan pelbagai riwayat bagaimana lailatul qadar dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW kerana mengambil kira jangka hayat umat ini yang jauh lebih pendek berbanding umur umat sebahagian nabi-nabi terdahulu.
Dengan beramal-ibadah pada malam ini barulah boleh kita menyaingi kuantiti ibadah umat-umat yang dikurniakan umur yang jauh lebih panjang.
Harus diinsafi bahawa sebagai suatu urusan ibadah, kelebihan utama lailatul qadar bukan terbatas kepada sifir 1,000 bulan yang begitu sinonim dengan malam tersebut.
Dalam mana-mana urusan ibadah nilai utama sesuatu amalan tetap tergantung kepada rahmat dan kasih Tuhan yang menjadi tumpuan sesuatu amalan tersebut.
Oleh itu memburu lailatul qadar bukan bererti kita sekadar mengejar gandaan seribu bulan itu tetapi yang lebih penting, berusaha mencarinya bererti kita bersungguh-sungguh untuk menyambut dan meraikan suatu bukti kasih dan rahmat Allah SWT kepada kita.
Mendapatkan lailatul qadar
Sesuai sebagai anugerah yang begitu bernilai dan berharga, lailatul qadar tidaklah sampai begitu mudah diperolehi oleh sesiapa sahaja tanpa perlu berusaha.
Walaupun kita mewarisi pelbagai panduan dan petua daripada Rasulullah SAW sendiri dan para ulama pewaris Baginda SAW tentang mengenalpasti malam lailatul qadar, masih tidak ada satu kesepakatan tentang bilakah sebenarnya jatuhnya malam itu.
Akhirnya, bolehlah disimpulkan bahawa peluang untuk mendapatkannya adalah lebih cerah bagi mereka yang menghidupkan malam-malam yang ganjil dari 10 malam yang terakhir, sangat cerah bagi mereka yang menghidupkan kesemua malam terakhir dan paling terjamin bagi mereka yang menghidupkan kesemua malam-malam Ramadan.
Juga harus diingat, para ulama turut berpandangan bahawa siangnya lailatul qadar juga perlu diisi dengan amal ibadah sama seperti malamnya.
Sesuai sebagai tanda rahmat dan pemberian Tuhan, lailatul qadar tidaklah pula terlalu sukar dan terlalu jauh dari capaian kita. Ia ditentukan jatuh di dalam bulan Ramadan.
Bulan Ramadan adalah bulan ibadah umat ini yang mana rata-ratanya malam-malam Ramadan adalah malam-malam yang lebih baik pengisian ibadahnya bagi kita semua.
Walaupun sebahagian ulama berpandangan bahawa kelebihan lailatul qadar dicapai dengan menghidupkan sebahagian besar malam itu, sebahagian ulama meriwayatkan bahawa untuk syarat minimum untuk mendapatkan sebahagian laba malam ini bukannya terlalu sukar.
Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatto' misalnya, meriwayatkan pandangan Ibnul Musayyib bahawa, "Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak pada malam lailatul qadar secara berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mendapat laba / bahagian daripadanya (lailatul qadar)".
Pandangan-pandangan yang lebih ringan ini meletakkan syarat mendapatkan lailatul qadar pada menjaga solat-solat fardu pada malam tersebut.
Jika pandangan ini yang kita ambil nescaya mendapatkan lailatul qadar bukannya terlalu sukar dan boleh diusahakan oleh semua orang. Tetapi Tuhan itu Maha Adil, hakikatnya, mereka yang biasa lalai tetap akan lalai dan gagal hatta untuk menjaga solat-solat fardu ini walaupun di malam-malam akhir Ramadan.
Semoga Allah menjauhkan diri kita dan mereka yang bersama kita daripada tergolong dalam golongan yang lalai.
Zikir dan doa yang diajarkan oleh nabi SAW untuk lailatul qadar juga cukup pendek mampu diamalkan oleh semua orang. Maka marilah kita memperbanyakkan doa ini di hari-hari ini, Allahumma innaka 'Afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'nniy yang maksudnya, "Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun , sukakan keampunan maka ampunilah aku".
Walaupun pintu untuk kita menghayati lailatul qadar melalui ibadah khusus lebih terbuka di bulan Ramadan dengan budaya dan suasananya yang tersendiri, ini tidak menafikan hakikat luasnya makna dan bentuk ibadah dalam Islam.
Mereka yang terpaksa menyelesaikan tugasan dan kerja mereka yang tidak bercanggah dengan agama dan dalam kadar yang sesuai dengan bulan Ramadan ini, tetap boleh meniatkan kerja-kerja mereka sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk mendapatkan dan menghayati lailatul qadar.
Menghantar Pulang Tetamu Agung
Ramadan, tetamu agung yang setia datang berkunjung setiap tahun tetap akan pergi meninggalkan kita sedikit masa lagi.
Mereka yang benar-benar menghayati dan mendapat faedah dari kedatangan Ramadan dengan menikmati kemanisan iman dan peningkatan takwa yang datang bersamanya sudah tentu menghadapi saat-saat perpisahan ini dengan penuh kesedihan berbaur kebimbangan dan pengharapan.
Sedih mengenangkan perpisahan dengan bulan yang dikasihi ini. Bimbang adakah amalan diterima dengan tahap penghayatan yang tidak seberapa. Berharap agar dosa-dosa diampunkan, dikembalikan kepada fitrah serta berharap agar bertemu lagi dengan Ramadan yang akan datang.
Inilah sikap yang diriwayatkan daripada sebahagian para salaf. Mereka berdoa kepada Allah SWT selama enam bulan agar dipertemukan dengan Ramadan. Setelah itu mereka berdoa pula selam enam bulan berikutnya agar Allah SWT menerima amalan mereka di bulan Ramadan yang berlalu.
Semoga Allah mengurniakan kita himmah yang tinggi dalam beragama seumpama mereka. Marilah kita menghantar pulang Ramadan kali ini hingga ke 'hujung desa'. Ibarat menjamah juadah yang paling kita gemari, janganlah kita tinggalkan Ramadan kali ini bersisa sedikitpun.
Ibarat suatu perlumbaan marathon yang kita sertai, apalah gunanya kita hebat di peringkat awal larian hanya untuk lemah-lesu ketika menuju garisan penamat. Marilah kita rebut setiap ketika yang berbaki di bulan Ramadan kali ini dan mengisinya dengan sebaik mungkin.
Sesungguhnya La hawla wala quwwata illa billah al-'Aliyyil 'Adzim yang maksudnya, "Tiada daya (menghindari maksiat) dan tiada kekuatan (melakukan ketaatan) melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung".
ARKIB : 14/09/2009
Darul Kifayah sasar 1,000 penghuni
Oleh ZUARIDA MOHYIN
KOMPLEKS Darul Kifayah tersergam gah di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves, Kuala Lumpur.
________________________________________
BERCERITA tentang nasib anak yatim di bumi bertuah Malaysia ini, tidak dapat dinafikan, anak yatim kita masih terbela masa depan mereka, sungguhpun masih berlaku kes-kes terlepas pandang. Pun begitu, ia masih dikira kes-kes terpinggir.
Berada di dalam bulan Ramadan dan Syawal khasnya, menyaksikan betapa insan istimewa ini terus menerus mendapat perhatian.
Suasana sebegini hakikatnya tidak asing bagi penghuni Kompleks Darul Kifayah yang kini sudah berpindah dari Kampung Batu, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur ke lokasi baru iaitu di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun bukan keceriaan sepanjang Ramadan ini yang hendak dibicarakan. Fokus ruangan ini ialah kepada pengisian, pemantapan kerohanian dan seterusnya pembelaan ke atas anak yatim di Kompleks Darul Kifayah inilah yang cuba diketengahkan.
BERSOLAT berjemaah yang diimamkan oleh penghuni sendiri adalah satu tarbiah yang sihat.
________________________________________
Hakikatnya, tegas pengetuanya, Faridilatras Abd. Rahman, harapan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan warga kerja kompleks, ialah menjadikan Kompleks Darul Kifayah role model, sekali gus menepis stigma masyarakat yang berpandangan sinis berkaitan pengurusan rumah anak-anak yatim, yang didakwa tidak mengurus secara profesional.
Lantaran itu, katanya, perpindahan kompleks kira-kira dua tahun lalu, adalah salah satu daripada agenda untuk memperbaiki imej serta bagi menampung jumlah penghuninya yang semakin bertambah dari semasa ke semasa, di samping memberi keselesaan kepada penghuninya agar dapat menjalani kehidupan dalam suasana yang kondusif dan selamat.
"Sehingga Jun ini, terdapat 490 pelajar lelaki dan perempuan antara usia 11 hingga 17 tahun dari seluruh negara. Penghuni di sini terbahagi kepada beberapa kategori kanak-kanak iaitu; yatim piatu, yatim, miskin dan saudara baru. Bilangan pelajar lelakinya ialah 242 orang, manakala 248 perempuan.
"Ditubuhkan sejak 28 tahun lalu iaitu pada tahun 1981, Kompleks Darul Kifayah disifatkan sebagai antara kompleks rumah anak yatim yang terbesar di negara ini," jelas beliau pada pertemuan di pejabatnya, baru-baru ini.
Tambah Faridilatras, 29, pada sejarahnya kompleks ini merupakan usaha pembelaan terhadap anak-anak yatim yang dimulakan oleh jawatankuasa kebajikan Masjid al Firdaus yang terletak di Segambut, Kuala Lumpur.
Sebelum kemudiannya, diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk diurus tadbirkan secara lebih profesional.
DI DEWAN utama inilah terpaksa berkongsi perlaksanaan solat berjemaah penghuni lelaki dan perempuan.
________________________________________
MENIKMATI juadah berbuka puasa bersama teman-teman jika tidak memenuhi undangan pihak luar.
________________________________________
Pada satu mesyuarat bertarikh 20 Ogos 1983 kata persetujuan diperoleh untuk menubuhkan Kompleks Darul Kifayah secara rasmi dan berikutan daripada mesyuarat itu juga maka terbentuklah Rumah Perlindungan dan Kebajikan Islam Wilayah Persekutuan melalui Enakmen Syarak 1952 dan kaedah-kaedah Darul Kifayah.
"Pada tahun 1992, asrama Darul Kifayah telah berpindah buat sementara dari Kampung Batu, Jalan Ipoh ke Taman Bukit Anggerik, Cheras bagi membolehkan pembinaan seluruh kompleks baru di Kampung Batu itu dapat dilaksanakan. Ketika itu, penghuni Darul Kifayah hanya seramai 250 orang.
"Peletakan batu asas telah disempurnakan oleh Pengerusi MAIWP ketika itu, iaitu Datuk Mohd. Yusuf Noor dan setelah siap sepenuhnya, anak-anak yatim kembali menghuni di bangunan baru pada Oktober 1993," jelas beliau.
Kompleks Darul Kifayah di Jalan Ipoh, kemudiannya dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Sekarang Tun Dr. Mahathir) pada 5 Januari 1996.
Namun sehingga 17 Disember 2007, kata Faridilatras, Kompleks Darul Kifayah telah berpindah pula tempat yang didiami sekarang.
Kini sebagai sebuah asrama yang telah begitu lama memberikan perlindungan dan penjagaan kepada anak-anak yatim dan miskin yang datang dari seluruh pelosok negara, Darul Kifayah ingin berkembang dengan lebih luas lagi.
Ini kerana Darul Kifayah bercadang untuk menampung sehingga 1,000 anak-anak yatim untuk ditempatkan di situ.
Lantaran itu, bagi mencapai matlamat itu dan meningkatkan lagi prasarana supaya penambahan jumlah, ujar Faridilatras, Darul Kifayah sedang dalam proses menaiktaraf kemudahan prasarananya sedia ada.
"Satu pelan cadangan telah diserahkan untuk membina lebih banyak asrama memandangkan kami akan menerima lebih ramai anak-anak dan pembinaan surau kerana buat masa ini solat berjemaah terpaksa dilaksanakan di dewan utama serta membesarkan Dewan Makan di Kompleks itu," katanya ringkas.
Orang ramai mungkin sudah maklum bahawa anak-anak di sini hakikatnya beruntung kerana memperoleh banyak kelebihan dan mungkin tidak dinikmati kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa.
TUBUH sihat melahirkan minda yang sihat... bermain bola adalah satu bentuk riadah kemestian anak-anak di Darul Kifayah.
________________________________________
Apa tidaknya, para penghuni di sini ditanggung sepenuhnya pembiayaan persekolahan yang menyeluruh, kenderaan pengangkutan pergi dan balik sekolah, penyediaan makan dan minum harian, pakaian baru hari raya, bantuan perubatan dan rawatan, kelas tambahan, kelas-kelas Fardu Ain dan al-Quran dan banyak lagi.
"Sungguhpun begitu, aspek pembangunan insan tidak pernah dipinggirkan oleh pihak kami ini selaras dengan matlamat negara untuk melahirkan generasi Muslim yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.
"Bertitik-tolak dari itulah, maka penghuni-penghuni di sini sentiasa disediakan dengan aktiviti sama ada secara rutin mahupun berkala. Program rutin mereka seperti kelas mengulangkaji, kelas al-Quran dan Fardu Ain, kelas tuisyen, bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat, gotong royong membersihkan bilik dan kawasan asrama, akan diadakan setiap hari dan seminggu sekali.
"Aktiviti berkala seperti majlis sambutan Maulidur Rasul, Ihtifal, Penyediaan Buka Laporan Tahunan, Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Lahir, Kuliah Agama, Karnival Sukan dan banyak lagi semuanya bermatlamat ke arah melahirkan pelajar yang berketerampilan sahsiah Muslim, mempunyai akidah Islam yang kukuh serta mengeratkan silaturahim sesama manusia," ujar Faridilatras mengakhiri perbualan pagi itu.
ARKIB : 15/09/2009
Fadilat puasa bagi kesihatan
Oleh Ibrahim Abdullah
mengamalkan kesederhanaan adalah tindakan bijak dan disarankan oleh Islam ketika tiba saat berbuka. -Gambar hiasan
________________________________________
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183).
Para ilmuwan menganggap berpuasa sebagai fenomena yang penting dan semula jadi, di mana kehidupan yang sempurna dan kesihatan yang baik tidak dapat diperoleh tanpa berpuasa. Apabila seseorang atau bahkan seekor haiwan tidak berpuasa, maka ia akan terjangkit berbagai macam penyakit.
McFadon, seorang ahli kesihatan Amerika, menyatakan: "Setiap orang perlu berpuasa, kerana kalau tidak berpuasa maka ia akan sakit. Sebab racun makanan berkumpul dalam tubuh dan membuatnya seperti orang sakit, memberatkan tubuhnya, dan mengurangkan vitalitinya.
"Apabila ia berpuasa, maka berat badannya menurun, dan racun-racun terurai daripada tubuhnya dan keluar, sehingga tubuhnya menjadi bersih secara sempurna dan sel-sel kembali baik".
Menurut kajiannya, di antara manfaat kesihatan daripada berpuasa ialah:
lMerehatkan tubuh dan memperbaiki saraf.
lMenyerap zat-zat yang mengendap di usus. Pengendapan dalam jangka waktu yang lama mengakibatkan perubahan endapan itu menjadi kotoran yang beracun.
lMemperbaiki fungsi pencernaan dan penyerapan.
lMengembalikan virtaliti organ pembuangan, dan memperbaiki fungsinya untuk membersihkan tubuh, yang mengakibatkan terkawalnya kestabilan dalam darah dan berbagai cairan dalam tubuh.
lMengurai zat-zat yang berlebihan dan endapan di dalam jaringan yang sakit.
lMengembalikan keremajaan dan vitaliti sel-sel serta berbagai jaringan dalam tubuh.
lMenguatkan indera dan meningkatkan IQ.
lMemperelok dan membersihkan kulit.
Alexis Carrel, pemenang hadiah nobel di bidang kedoktoran, dalam bukunya Man the Unknown menyatakan: "Banyaknya bahan makanan dapat melemahkan fungsi organ, dan itu merupakan faktor yang besar bagi berdiamnya jenis-jenis virus dalam tubuh.
"Fungsi tersebut adalah fungsi adaptasi terhadap bahan makanan yang sedikit. Gula pada jantung bergerak, dan bergerak pula lemak yang tersimpan dalam kulit.
"Semua organ tubuh mengeluarkan zat khususnya untuk mempertahankan keseimbangan dalaman dan kesihatan jantung. Berpuasa benar-benar memberikan dan pengganti jaringan tubuh kita".
Allah berfirman yang bermaksud: Kerana itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu. (al-Baqarah: 185).
Sementara Prof. Nicko Lev dalam bukunya, Hungry for Healthy menyatakan: "Setiap orang mesti berpuasa dengan berpantang makan selama empat minggu setiap tahun, agar ia memperoleh kesihatan yang sempurna sepanjang hidupnya".
Seterusnya, menurut penelitian beliau, mukjizat penepatan waktu berpuasa dari matahari terbit hingga matahari terbenam, adalah dengan tidak berlebihan saat berbuka puasa. Penelitian ilmiah membuktikan bahawa jarak waktu yang tepat untuk berpuasa adalah antara 12 hingga 18 jam. Selepas itu, simpanan gula dalam tubuh mulai terurai.
Dreanik dan kawan-kawannya, pada tahun 1964, mencatat sejumlah penyakit komplikasi kritis akibat berpuasa lebih dari 31 hari.
Di sini nampak jelas mukjizat Nabi SAW dalam larangan berpuasa bersambung (tidak termasuk puasa sunat Syawal).
Di samping itu, penelitian ilmiah membuktikan kepentingan makan sahur dan berbuka adalah untuk membekalkan tubuh dengan zat asam lemak dan amino, tanpa kedua zat ini, lemak dalam tubuh kita akan terurai dalam jumlah besar, sehingga mengakibatkan sirosis pada hati, dan menimbulkan berbagai bahaya besar bagi tubuh.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Umatku akan tetap dalam keadaan baik selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan makan sahur." (riwayat Ahmad)
Mengenai bersahur (makan sahur), Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Bersahurlah kamu sekalian, kerana bersahur itu ada keberkatannya. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Waktu bersahur itu selepas pertengahan malam sampai menjelang terbit fajar (waktu Subuh).
Menyegerakan berbuka, iaitu setelah mengetahui waktu Maghrib. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Manusia sentiasa dalam keadaan baik selama mereka menyegerakan berbuka." (riwayat Bukhari dan Muslim).
Berdoa sewaktu berbuka dan sepanjang melaksanakan puasa. Dari Abdullah bin Amr bin As r.a, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi orang yang sedang berpuasa, saat berbuka doanya tidak ditolak". (riwayat Ibnu Majah).
Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tiga doa yang tidak akan ditolak Allah, orang yang berpuasa sampai ia berbuka, imam (pemimpin) yang adil dan orang yang teraniaya". (riwayat Tirmizi).
Adapun doa saat berbuka yang bermaksud: "Telah hilang haus dan telah basah tenggorakan, dan telah tetap pahala insya-Allah". (riwayat Tirmizi).
Tanggungjawab terhadap muamalat Islam
Oleh Wan Jemizan W. Deraman
Takaful ikhlas selain mematuhi syariah turut menyediakan insentif yang menarik kepada para pelanggannya. - Gambar hiasan
________________________________________
ISLAM adalah satu cara hidup yang syumul, merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud: Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab al-Quran ini. (al-Anaam: 38)
Ia adalah sempurna, lengkap dan menepati fitrah manusia tanpa mengira pangkat atau darjat. Islam mengatur kehidupan manusia bagi menikmati hasanah di dunia dan juga hasanah di akhirat. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka. (al-Baqarah: 201)
Bayangkan, dalam satu hari, Islam mengatur hidup manusia dengan pelbagai aktiviti yang mengambil kira fitrah kejadian manusia.
Misalnya hari baru dimulai dengan solat Subuh di waktu pagi yang sangat menyegarkan, setelah penat bekerja, berhenti rehat untuk solat zuhur, kemudian meneruskan lagi aktiviti, berhenti rehat sekejap untuk solat asar, kemudian sebelum melangkah masuk ke tabir malam, bersolat Maghrib pula dan sebelum melelapkan mata disudahi pula dengan solat Isyak.
Sebagai satu analogi, perjalanan menaiki kereta melalui Lebuh Raya Utara-Selatan dari Kuala Lumpur ke Bukit Kayu Hitam, ada di sepanjang lebuh raya tersebut tempat-tempat rehat yang disediakan untuk membolehkan pemandu berhenti rehat dan seterusnya dapat meneruskan perjalanan dengan selesa dan selamat.
Cuba bayangkan jika tiada tempat rehat, menaiki kereta tanpa henti terus ke Bukit Kayu Hitam, sungguh memenatkan serta cukup membosankan. Justeru, tiada yang lebih indah daripada keindahan cara hidup Islam, penuh dengan warna warni, ceria dan sungguh mendamaikan.
Begitu juga dalam setahun ada bulan Ramadan sebagai satu perhentian untuk merehatkan badan di samping sebagai satu medan tarbiyah rohani.
Bulan Ramadan boleh dianggap sebagai satu bengkel menyelenggara fizikal dan rohani untuk membaikpulih apa-apa kerosakan agar dapat berjalan dengan lebih sempurna 11 bulan selepas itu.
Sebab itulah Allah meletakkan matlamat yang cukup tinggi daripada pelaksanaan ibadat puasa ini, iaitu supaya beroleh takwa sebagaimana firman-Nya dalam ayat 183 surah al-Baqarah.
Bayangkan jika menggunakan kenderaan tanpa diselenggara sudah pasti kenderaan itu akan rosak ataupun tidak boleh berfungsi dengan maksimum. Indah sungguh cara hidup Islam!
Salah satu aspek yang dipentingkan dalam ajaran Islam adalah aspek muamalat yang mengatur manusia untuk berinteraksi dengan cara yang terbaik di antara sesama mereka.
Islam menggariskan peraturan dan sistem yang sangat tepat dengan fitrah manusia bagaimana mereka patut bermuamalat sesama mereka sama ada menerusi platform ekonomi, politik mahupun sosial.
Sistem muamalah Islam adalah berlandaskan wahyu yang sememangnya syumul, adil sempurna dan lengkap. Oleh itu, sistem muamalah Islam ini bukan lagi sebagai alternatif tetapi suatu tuntutan khususnya kepada orang Islam untuk memajukannya.
Sistem yang berteraskan wahyu ini sudah pasti membawa misi yang cukup besar. Selain membebaskan ummah daripada cengkaman unsur-unsur haram seperti riba, judi, penindasan, eksploitasi dan sebagainya.
Ia juga adalah satu wadah untuk melakukan jihad, dakwah dan amar makruf nahi munkar sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (ali-‘Imran: 104)
Situasi masyarakat dunia kini yang sangat mengagungkan sistem ciptaan manusia sebagai asas muamalat mereka khususnya dalam aspek berkaitan dengan ekonomi terbukti telah menjadi satu polemik percaturan masyarakat dunia. Melahirkan makin ramai manusia yang tamak dan pentingkan diri sendiri.
Pelbagai teori dan hipotesis telah dikemukakan untuk menyelesaikan krisis ekonomi yang telah dan sedang melanda. Namun ternyata hampir keseluruhan percubaan menemui kegagalan dan amat sedikit yang membuahkan hasil.
Inilah padahnya apabila mengenepikan sistem yang datang daripada Pencipta manusia itu sendiri.
Penyelesaian-penyelesaian yang telah dikemukakan kebanyakannya tersasar jauh dari landasan keadilan menyeluruh yang sebenarnya.
Di suatu pihak, terdapat percubaan yang menyarankan ke arah yang ekstrem mementingkan hak individu dan mengenepikan kepentingan masyarakat umum serta tidak kurang juga ada percubaan menolak keistimewaan hak yang ada pada individu.
Maka, dalam hal ini, apakah sistem yang benar-benar mampu menyelesaikan masalah ekonomi ini? Di manakah sistem yang mampu menyuburkan benih keadilan untuk dituai hasilnya oleh masyarakat keseluruhannya?
Ternyata, sistem yang mampu menjadi penyelesai kepada kemelut ini adalah sistem Islam. Namun, masih ada yang berfikiran sempit menganggap Islam itu terhad kepada amalan-amalan ibadat seperti di masjid dan tiada kena-mengena dengan aktiviti di luar masjid.
Pemikiran kolot seperti inilah menjadikan kehidupan masyarakat Islam mundur. Risalah Nabi SAW bukan hanya berkisar tentang urusan-urusan di dalam masjid malah ia bersifat komprehensif iaitu mengatur kehidupan dunia sehingga menjangkau dimensi akhirat.
Memang ternyata kini, selepas pelbagai usaha dilakukan tetap menemui kegagalan. Alhamdulillah cahaya Allah tetap tidak akan terpadam.
Masih ada pihak yang konsisten dengan Islam telah berusaha tanpa mengenal penat lelah menghidupkan semula sistem muamalah Islam yang menjadi asas kepada islah atau reformasi kepada kemelut ekonomi tersebut.
Memang tidak syak lagi sistem tersebut ternyata memberikan keuntungan yang luar biasa kepada segenap lapisan masyarakat. Barangkali masih ramai yang tidak lupa bagaimana teguhnya sistem kewangan Islam menghadapi krisis ekonomi akhir 90-an dahulu.
Krisis tersebut membuka mata masyarakat bahawa sistem kewangan Islam ternyata ‘kebal’ dan mampu menjadi galang ganti kepada sistem kewangan konvensional.
Hasilnya, sistem muamalah Islam telah tumbuh bak cendawan selepas hujan. Sistem perbankan Islam dan sistem takaful yang suatu ketika bagaikan ‘melukut di tepi gantang’ kini semakin menarik minat ramai sebagai pilihan utama kepada mereka.
Kenapa? Jawapannya, ternyata ajaran Islam yang suatu ketika dahulu keindahannya hanya banyak dibicarakan didalam kitab-kitab ‘kuning’, tetapi kini diaplikasikan dalam kehidupan kita.
Inilah khazanah Islam yang sangat berharga yang dibongkar oleh ulama dan cendekiawan Islam masa kini yang mahu melihat sistem Islam berdiri teguh di persada sistem kewangan perdana.
Persoalannya, apakah usaha dan sumbangan kita dalam memartabatkan sistem muamalah Islam ini? Adakah hanya melihat sahaja tanpa terdetik untuk menjayakan aspirasi ini bersama-sama?
Memartabatkan sistem muamalah Islam adalah satu jihad yang menuntut bukan sedikit pengorbanan semua pihak. Ia juga adalah satu dakwah yang menjadi penyambung kepada mata rantai dakwah Rasulullah SAW.
Pelbagai isu tawaf
Oleh JAMALLUDDIN HASHIM
Jemaah haji dalam perjalanan ke Mina untuk berwukuf pada malam 9 Zulhijjah. - Gambar hiasan
________________________________________
MENYAMBUNG bicara minggu lepas, permasalahan berkaitan tawaf tidak kurang pentingnya supaya setiap jemaah dapat melakukan tawaf dengan sempurna.
Inilah sebahagian besar permasalahan berkaitan dengan tawaf yang yang perlu diketahui oleh bakal haji. Antaranya;
1. Melakukan tawaf qudum bagi jemaah yang melakukan haji ifrad atau qiran adalah sunat. Mereka diharuskan melakukan tawaf qudum selama mana mereka masih belum lagi berwukuf. Selepas melakukan tawaf qudum, diharuskan bagi mereka melakukan saie haji. Jika tawaf qudum tidak dilakukan sehingga mereka berwukuf, maka saie haji tersebut wajib dilakukan selepas mereka melakukan tawaf haji (ifadah).
2. Sah tawaf bagi jemaah yang uzur dengan menaiki kereta sorong dengan mengikuti syarat-syarat tawaf. Begitu juga sah tawaf bagi yang menyorong kereta sorong tersebut dalam masa yang sama. Tetapi tidak sah tawaf bagi jemaah yang bertawaf serentak dengan anak kecil yang didukungnya. Maka dia hendaklah melakukan tawaf secara berasingan seperti meniatkan tawaf untuk anaknya terlebih dahulu. Lalu dilakukan tawaf untuk anaknya dengan didukung. Kemudian dia melakukan tawaf untuk dirinya sendiri.
3. Terdapat jemaah uzur yang mengerjakan haji dalam keadaan gangguan fikiran. Kadang-kadang sedar dan dalam masa yang lain tidak sedar pula. Maka hukum tawaf bagi jemaah ini dikira sah jika ia dilakukan dalam keadaan sedar.
4. Dalam keadaan yang lain pula, terdapat jemaah yang tawaf secara bersorong tertidur semasa tawaf. Berhubung dengan wuduk jemaah ini, ia dikira tidak batal jika ia tidur dalam keadaan tetap papan punggung. Bagi bilangan tawaf pula, orang yang menyorong disyor memaklumkan kepada jemaah yang disorongnya itu setiap kali sampai ke kawasan penamat tawaf. Ini untuk memastikan dia meyakini tawafnya cukup tujuh pusingan walaupun semasa dalam perjalanan menuju ke tempat tamat pusingan tawaf dia dalam keadaan tertidur.
5. Bagi jemaah yang berulang alik antara penginapannya dengan Masjid Haram Mekah, mereka mempunyai pilihan, sama ada melakukan solat tahiyyatul masjid atau tawaf tahiyyatul bait ketika masuk ke dalamnya. Jika dia melakukan tawaf tahiyyatul bait, maka afdalnya dia berbuat demikian.
Sekiranya dia melakukan solat sunat tawaf selepas itu, dia turut mendapat pahala sunat solat tahiyyatul masjid. Jika dia tidak mahu melakukan tawaf tahiyyatul bait, maka lakukanlah solat sunat tahiyyatul masjid.
6. Kadang-kadang ketika melakukan tawaf, muazzin menyeru untuk ditunaikan solat jenazah. Maka dalam masalah ini, adalah afdal jemaah meneruskan tawaf jika tawafnya itu tawaf wajib. Jika tawafnya itu tawaf sunat, adalah afdal dia turut sama menunaikan solat jenazah.
7. Dalam keadaan tertentu, terdapat jemaah wanita yang melaksanakan tawaf sunat. Belum cukup tujuh pusingan, beliau kedatangan haid dan tidak sempat melengkapkan tujuh pusingan kerana pulang ke Malaysia. Bagi kes ini, jemaah tersebut tidak perlu melengkapkan pusingan tawaf dan boleh pulang ke tanah air tanpa terikat dengan apa-apa hukum kerana ia adalah tawaf sunat. Ini juga terpakai bagi jemaah haji lelaki yang mengerjakan tawaf sunat dan tidak sempat menyempurnakan pusingan kerana terpaksa pulang ke Malaysia.
8. Kini, terdapat program ziarah ke bandar Jeddah termasuk Masjid Terapung di tepi Laut Merah. Bagi jemaah yang mahu mengikuti program ziarah ini, diwajibkan ke atas mereka melakukan tawaf wada' sebelum memulakan program ziarah ini kerana jarak perjalanan adalah lebih daripada dua marhalah iaitu 104 kilometer.
9. Sebelum jemaah keluar dari Tanah Haram Mekah selepas selesai kerja-kerja haji, wajib mereka melakukan tawaf wada' melainkan bagi orang-orang yang dikecualikan seperti wanita yang sedang berhaid. Tawaf wada' ini dilakukan setelah semua urusan sudah diselesaikan.
Waktu melakukan tawaf wada' adalah seperti berikut :
*Hari Jumaat (bagi bas yang akan bertolak antara pukul 2 hingga 3 petang)
Uruf selepas tawaf wada' ialah 4-5 jam. Contohnya, jadual bertolak keluar dari Mekah pada pukul 2 atau 3 petang, maka jemaah dibolehkan melakukan tawaf wada' pada pukul 10 pagi.
*Hari Sabtu hingga Khamis dan Jumaat (bagi bas yang bertolak selain waktu di atas)
Uruf selepas tawaf wadak ialah 2-3 jam. Contohnya, jadual bertolak keluar dari Mekah pada pukul 6 petang, maka jemaah dibolehkan melakukan tawaf wadak pukul 3 petang.
Sejurus melakukan tawaf wadak, jemaah terus meninggalkan Mekah kecuali jika ada hajat-hajat yang tertentu. Antara hajat-hajat yang boleh dilakukan selepas tawaf wada' adalah seperti berikut :
a- Sejurus selepas tawaf wada' :
i- Menunaikan solat sunat tawaf dan berdoa selepasnya.
ii- Berdoa di Multazam.
iii- Minum air zamzam dan berdoa.
iv- Mengucup Hajarul Aswad jika berkesempatan dan suasana mengizinkan.
v- Menunaikan solat jika bilal telah melaungkan iqamat, atau bilal sedang melaungkan azan sedangkan ia telah berusaha untuk keluar setelah melaksanakan tawaf wada' tetapi tidak sempat keluar dari Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya yang bersambung saf kerana kesesakan yang amat ketara lalu iqamat dilaungkan.
b- Selepas tawaf (di maktab/penginapan)
i- Makan dan minum sekadar keperluan dalam bilik penginapan di hotel (maktab).
ii- Qada hajat dalam tandas bilik penginapan.
iii- Mengambil beg atau barang yang diletakkan/ditinggalkan dalam bilik penginapan
iv- Mencari isteri, saudara, waris, rakan yang hilang
v- Mengangkat barang-barang yang hendak dibawa bersama.
vi- Melawat isteri, saudara, waris, rakan yang sakit di hospital/klinik/maktab (bagi kes kecemasan dan hajat)
vii- Sebarang urusan yang berkaitan dengan perjalanan, sama ada ke Jeddah atau Madinah seperti membeli makanan atau minuman untuk kegunaan dalam perjalanan dan sebagainya.
viii- Menunggu kenderaan yang lewat tiba kerana kesesakan dan sebagainya.
Bagi wanita yang datang haid, sunat baginya meninggalkan kota Mekah pergi ke hadapan pintu Masjidil Haram, memandang Kaabah dan melambai-lambai tangan dengan perasaan yang sayu.
Kuasai bacaan Al-Quran dengan Braille Islamik
Oleh ZUARIDA MOHYIN
BRAILLE ISLAMIK
________________________________________
JARI-JEMARINYA lincah menyentuh titik-titik halus pada helaian buku putih itu, sambil mulutnya berkumat-kamitterselit juga keazaman yang akhirnya menatijahkan keunikan si empunya suara.
sebelum meluncur laju ayat-ayat suci al-Quran dilafazkan.
Sesiapa yang mendengarnya pasti tidak menyangka di sebalik kelunakan suara itu, terhimpun pelbagai kepayahan serta terselit juga keazaman yang akhirnya menatijahkan keunikan si empunya suara.
Begitulah secebis kisah kehidupan gadis berkulit putih melepak yang berasal dari Pendang, Kedah, Norhidayah Abd. Halim yang kehilangan deria penglihatan sejak dilahirkan, kira-kira 21 tahun dahulu.
Kalau orang lain hadir di dunia ini dengan ditemani pelbagai warna-warni kehidupan, namun bagi Norhidayah, beliau mempelajari erti kehidupan dalam dunia yang serba kegelapan.
Pun begitu, cacat penglihatan tidak bererti dibelenggu kegelapan, apa lagi untuk merintih atas takdir ilahi. Kekurangan itu diterimanya dengan reda kerana meyakini bahawa setiap sesuatu yang Allah takdirkan itu, mempunyai hikmah.
Malah atas kepercayaan bahawa setiap yang tersurat dan tersirat itu adalah rahsia Allah, ia sentiasa dijadikan pegangan hidup Norhidayah. Sekali gus pemangkin semangatnya untuk terus cekal mengharungi kehidupan, waima dengan cara yang berbeza.
Norhidayah, mula bergelar pelatih Kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat, Pusat Latihan Gurney di Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) sejak 5 Januari lalu.
Kebiasaannya, para pelatih di situ perlu mengikuti program pemulihan (rehabilitation) tetapi dalam kesnya yang dilahirkan buta serta pernah menerima pendidikan di Sekolah Pendidikan Khas Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, maka program sebegini tidak perlu lagi diikuti.
"Sepanjang hampir dua semester menerima latihan di Kompleks MAB ini, banyak yang saya pelajari terutamanya berkaitan dengan bidang khusus seperti; selok-belok tugas-tugas perkeranian, 'mencelikkan' saya dengan pengetahuan teknologi maklumat (IT), belajar tugasan pengendalian kerja-kerja di pejabat serta membuat surat-surat rasmi dan banyak lagi.
"Di sini, pelatih Islam diwajibkan mengikuti kelas al-Quran dan Fardu Ain. Sungguhpun saya mula belajar al-Quran sejak di darjah dua iaitu semasa menerima pendidikan khas di Bukit Mertajam. Pada masa itu, saya belajar asas sahaja tetapi di dalam kelas ini apa yang dipelajari, jauh lebih mendalam. Maksudnya, berpeluang belajar hukum tajwid," terang anak ketiga daripada empat adik-beradik ini, pagi itu.
Ketenangan
Ramadan kali ini kata Norhidayah yang hampir menamatkan pengajian al-Quran, selain tidak melepaskan peluang menyertai tadarus al-Quran, beliau juga mengambil bahagian dalam apa sahaja program penganjuran Persatuan Pelatih Islam (PPI) seperti tazkirah, bacaan Yasin dan Qiamullail.
Berhasrat mencari kerja dan memperoleh pendapatan sendiri apabila tamat kursus kelak, Norhidayah berulangkali menyuarakan keseronokan dan kepuasan apabila mampu menguasai bacaan, tajwid serta penghayatan menerusi surah-surah yang dibaca.
"Apabila apa yang kita pelajari dan baca itu difahami maksudnya, secara tidak langsung ia melahirkan satu perasaan yang berbeza kerana kita baca dengan kefahaman dan penghayatan, bukan sekadar membaca begitu sahaja.
"Malah al-Quran ini apabila kita sentiasa membacanya, ketenangan itu akan datang sekali. Sebab itulah, walau sudah tamat belajar di sini, saya akan cuba meneruskan pembelajaran agar ia tidak hilang begitu sahaja," janji Norhidayah kepada dirinya sendiri.
Sementara itu, Muhammad Shahril Azrie Zainudin, 24, yang juga mengambil kursus serupa Norhidayah, kini di dalam peringkat pertengahan dalam kelas al-Quran.
Menceritakan pengalaman belajar al-Quran menggunakan Braille, Muhammad Shahril yang berasal dari Parit Buntar, Perak mengakui agak sukar kerana belum pernah menerima didikan sedemikian.
"Pada peringkat awal dulu, saya terpaksa mempelajari huruf-huruf hijaiyah, diikuti melancarkan baris-baris bacaan serta banyak membuat latih tubi surah-surah tertentu menggunakan mesin Braille.
"Sungguhpun hanya terdapat enam titik pada kotak Braille, namun ia memerlukan tumpuan dan kepekaan yang jitu bagi mengenali huruf Alif hinggalah ke Ya.
"Jadi, tempoh penguasaan seseorang itu bergantung sejauhmana kepekaan sentuhan jari-jemarinya kepada titik-titik braille tersebut. Namun, kalau hendak seribu daya, kalau tidak hendak seribu dalih...," terang Muhammad Shahril yang hilang deria penglihatan pada 2006 akibat penyakit yang menyerang kedua-dua belah matanya.
Kini Muhammad Shahril mampu tersenyum puas kerana mampu membaca al-Quran bukan sahaja lancar tetapi berserta tajwid. Beliau berazam untuk khatam al-Quran kalau tidak pada bulan Ramadan ini, akan dipastikan terlaksana pada penghujung tahun ini.
Teman sekelasnya, Mohd. Afifuddin Mohammad Sabri, 23, turut mengakui kelancarannya agak terbatas terutamanya pada peringkat awal, disebabkan kesukarannya merasai titik-titik Braille yang membentuk huruf-huruf hijaiyah.
Tambah pelatih kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat ini, dia terpaksa mengikuti program pemulihan selama lima bulan ketika mula-mula memasuki Kompleks MAB.
Meskipun kehilangan penglihatan Mohd. Afifuddin adalah berkaitan genetik malah ada di antara adiknya yang lebih dahulu disahkan iaitu pada usianya 14 tahun, namun apabila disahkan oleh doktor yang dirinya juga akan mengalami masalah yang serupa, beliau mengakui ia sesuatu yang sukar diterima olehnya.
Apa tidaknya, selepas 21 tahun celik, kini terpaksa menerima hakikat yang penglihatannya kabur sedikit demi sedikit sebelum gelap-gelita. Ditambah pula, sensitiviti masyarakat terhadap orang buta masih kurang.
"Kami adik-beradik semuanya dilahirkan normal tetapi apabila meningkat dewasa risiko untuk menjadi buta adalah besar.
Bersyukur
"Agak lama juga saya hendak membiasakan diri dengan cara hidup insan yang hilang penglihatan. Sekarang ini pun walaupun mata saya nampak macam orang normal tetapi sebenarnya pandangan saya sudah mula kabur," jelasnya.
Mohd. Afifuddin berkata, program rehab (pemulihan) banyak membantunya membuat persediaan dan penyesuaian diri.
"Pada awalnya agak tertekan tetapi apabila melihat kawan-kawan yang lain, saya dikira masih beruntung kerana ada yang lebih teruk masalah mereka.
"Dari situ timbul rasa bersyukur kerana ada orang yang jauh lebih bermasalah. Saya selalu tanamkan dalam diri dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar diberi ketabahan dan sentiasa bersedia dengan apa yang mendatang," ujar anak muda kelahiran Setapak, Kuala Lumpur ini.
Menceritakan pengalamannya dalam kelas al-Quran, kata Mohd. Afifuddin, dia berterima kasih kepada ibu bapanya yang banyak memberi tunjuk ajar dan ketika di kelas banyak dibantu oleh guru (ustaz).
"Awal-awal memang susah, lebih-lebih lagi jari saya kurang sensitif dengan titik-titik Braille. Pernah rasa putus asa kerana sukar nak dapat rasa dan rasa macam sama sahaja.
"Mungkin kalau orang tengok, cuma ada enam titik mereka kata senang, tetapi hendak menentukan kedudukan titik tulah yang masalahnya. Kalau tekan kuat sangat pula, ia tidak berapa disarankan kerana boleh menyebabkan titik-titiknya termasuk ke dalam. Nanti timbul masalah di kemudian hari pula.
"Alhamdulillah, semua ini dapat diatasi dan pada tahun ini, Ramadan saya tambah bermakna kerana dapat menyertai kumpulan tadarus. Saya juga berazam dapat khatam al-Quran tahun ini," jelas Mohd. Afifuddin selepas sesi fotografi itu.
Pelatih kelas sama, Norfadilah Abdullah, 21, mengakui agak sukar belajar al-Quran menggunakan Braille tetapi menyedari ia satu pengalaman baru, menyebabkannya teruja untuk menguasainya.
"Saya di dalam kelas ini pun baru peringkat asas iaitu belajar mengenal huruf dan baru masuk bab baris-baris bacaan sebelum beralih membuat latihan menggunakan mesin Braille," kata gadis yang berasal dari Kelantan ini.
Gadis ramah ini yang mula mengikuti kursus di situ pada Julai lalu, menjelaskan dia kehilangan pandangan akibat mengalami sejenis penyakit iaitu glaukoma.
Norfadilah hanya sempat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum bergelar pelatih di Kompleks MAB atas bantuan sepupu yang juga merupakan tenaga pengajar sekolah pendidikan khas.
Sebaik tamat pengajiannya, anak ketujuh daripada lapan adik-beradik ini merancang memilih kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat dan kemudian akan menyambung pengajiannya di maktab perguruan bagi merealisasikan cita-citanya bergelar pendidik.
GURINDAM MELAYU KITER...
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung
Kapal belayar dari Arakan
Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi
Banyak ubi perkara ubi
Ubi keledek ditanam orang
Banyak budi perkara budi
Budi baik dikenang orang
Lipat kain lipat baju
Lipat kertas dalam puan
Dari air menjadi batu
Sedikit tak lupa budi tuan
Jentayu burung jentayu
Hinggap di balik pokok mayang
Bunga kembang akan layu
Budi baik bilakan hilang
Jika belayar ke tanah Aceh
Singgah dulu di kota Deli
Jika hendak orang mengasih
Hendaklah baik bicara budi
Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi
Dewa sakti melayang ke Daik
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa
Baik-baik bertanam padi
Jangan sampai dimakan rusa
Baik-baik termakan budi
Jangan sampai badan binasa
Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga
Pergi ke sawah menanam padi
Singgah disungai menangkap ikan
Hidup hendaklah bersendikan budi
Sifat sombong jangan amalkan
Apa guna berkain batik
Kalau tidak dengan sucinya?
Apa guna beristeri cantik
Kalau tidak dengan budinya
Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibayar mati
Anak merak Kampung Cina
Singgah berhenti kepala titi
Emas perak kebesaran dunia
Budi bahasa tak dapat dicari
Anak angsa mati lemas
Mati lemas di air masin
Hilang bahasa kerana emas
Hilang budi kerana miskin
Yang kurik tu kundi
Yang merah saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa
Limau manis dimakan manis
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Manis sekali hati budinya
Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang
Tuan Puteri membeli ginseng
Singgah di pasar mencari kari
Jangan ikut budaya samseng
Kelak menyesal di kemudian hari
Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Pergi mendaki Gunung Daik ;
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi ;
Semakin berisi semakin tunduk
Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi
Berpantun budi pandainya ia,
Maksud kiasAN indah bahasa,
Mari kita berpantun teka,
Yang bijaksana tahu jawabnya.
SEKALI TANGKAP DIGENGGAMAN PENDITA,
TIADA RASA DAN JUGA RUPA,
SEMUA KALIAN YANG BIJAK SANA,
DALAM GENGGAMAN APA YANG ADA,
puaslah saya menanam ubi,
nenaslah jugek dicari orang,
puaslah saya menabur budi,
emaslah jugek dicari orang.
kain sutera buat selendang,
kain belacu letak di pagar,
apakan daya nasibku malang,
orang dirindu bulan berpagar.
p/s: pantun kecewa....kih3
ku ciptakan utk bby(maulana apa jeling2?)
simple tapi padat...
Cindai kuning puteri bistari,
lembut kulitnya selembut sutera,
bby puteri kekasih hati,
bila lagi kitakan bersua....(maulana bwk mengucap ye...)
Kemuning emas di tarah rapi,
di tarah rapi menjadi serunai,
bby puteri kekasih hati,
janji beta pasti di tunai.....(jaga2 maulana....hamba masuk...)
indah rembulan dipagar bintang,
sinar cahyanya menyentuh kulitmu,
ayoh puteriku kita berdendang,
minyinari hidup disepanjang malammu...(rasain lho maulana....)
(maulana....)
petir myabung langit bergegar,
getir guruh lagi di sahut,
kata2 di susun maulana di cabar,
hamba disini menunggu disahut....
anak punai anak merbah,
terbang turun buat sarang,
anak sungai pun berubah,
ini pula hati orang,mengapa dikenang....
asal kapas jadi benang,
dari benang dibuat baju,
barang lepas jangan kenang,
dah jadi orang baru mengapa dirindu.....
selat teduh lautan tenang,
banyak labuh perahu acheh,
air mata putus bergenang,
hati luluh bertambah sedihhh.............
utk kang maulana:
baik budi indah bicara,
terkasasr bicara maaf dipinta,
sahabat hamba bernama maulana,
nada tuan hamba berbaur kaciwa?
ku kira likoh maupun tilan,
joran diangkat lain yg dapat,
ku kira tuan hamba tidak melawan,
hamba disini sedia merapat.
utk bby:
naik ke kuala menebar jala,
turun ke muara memasang lukah,
izinkan kanda wahai dinda,
bersama maulana mencorak tingkah.
ara tanah dibuat penawar,
indah rupawan si bunga melati,
manisnya wajah bby bagai panawar,
penawar duka penyejuk hati....
kononlahhh........aku rampas balik....
kalau menebang,kalau menebang si pohon jati,
papan di jawa aduhai sayang,pahan di jawa di belah-belah,
kalaulah hidup,kalaulah hidup tidak berbudi,
umpama pohon aduhai sayang,umpama pohon tidak berbuah (birrouh memang tak berbudi,hehehehehe )
bunga selasih,bunga selasih si bunga padi,
kembangnya mekar di dalam taman aduhai sayang di dalam taman,
pertama kasih,pertama kasih kedua budi,
yang mana satu aduhai sayang,yang mana satu hendak diturutkan.(ayang pikir lah ekk sapa kekasih,hmmm........ )
datuk laksamana,datuk laksamana mudik ke hulu,
belayar kapal aduhai sayang belayar kapal membawa dagang,
bagailah mana,bagailah mana kapal nak lalu,
kuala sungai aduhai sayang,kuala sungai dilimbung karam.(ni utk birrouh,oh jgn harap aku mengalah )
bungalah padi,bungalah padi bunga kiambang,
kembangnya mekar aduhai sayang kembangnya mekar di dalam taman,
buahlah hati birrouh oii buahlah hati kekasih orang,
bagailah mana,aduhai sayang bagailah mana hendak dikenang.....(hahahahaha.....ko takkan dapat punye )
Buat yang telah pergy...
Jauh bukan jarak
Dekat bukan hadir
Ada tak bererti wujud
tapi...
hati ke hati
dari jiwa ke jiwa
moga abadi di alam sana...
(al-fatihah)
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru
falsafah dan pelajarnya...
pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh
mendapatkannya...?
guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah
kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu
ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat
menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.
pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali
dengan tangan yang kosong.
guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?
pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan
sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula.
sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling
menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di
hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati
tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang
saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...
dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu
perkahwinan...?
guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi
janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok
saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah
yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa
itu perkahwinan.
pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang
semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah
berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti
ini....?
pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini,
aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan
kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang
pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon
yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal
kerana tidak memilihnya...
maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......
Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang
sempurna di dunia ini.
menurut seorg hukama'
cinta ada dua iaitu cinta terlarang dan cinta hakiki...
cinta terlarang membuatkan dirimu sakit.....
cinta hakiki membuatkan dirimu bahagia duniawai uhkrawi......
keris dititik keris ditating
bukan sebarang besi harsani
setahun dagang mengalah
jejak ditikam mati jau
setitik darah ke daratan
setahun padi tak menjadi
setitik darah ke lautan
setahun ikan tak bermain...
SRI TAMBAK
Nyiur gading puncak mahligai,
Buat ketupat berisi inti,
Hancur daging tulang berkecai,
Kasih sayang sampai ke mati,
Buat ketupat berisi inti,
Santapan puteri muda remaja,
Sudahlah dapat hajat di hati-berkasih sayang,
Seumur hidup hendak bersama.
Ini lagu/pantun yang hamba dan kekasih hamba selalu nyanyikan hehehee ..
GURINDAM JIWA
Tuai padi antara masak,
Isuk jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Isuk jangan rindu-rinduan,
Anak cina pasang lukah,
Lukah dipasang di tanjung jati,
Di dalam hati tidak ku lupa,
Sebagai rambut bersimpul mati,
Batang selasih permainan budak,
Daun selasih dimakan kuda,
Bercerai kaseh talak tiada,
Seribu tahun kembali juga,
Burung merpati terbang seribu,
Hinggap saekor di tengah laman,
Hendak mati di hujung kuku,
Hendak berkubur di tapak tangan,
Kalau tuan mudek ke hulu,
Carikan saya bunga kemboja,
Kalau tuan mati dahulu,
Nantikan saya di pintu syurga.
Ini lagu klasik
Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang
Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi
Kapal belayar dari Arakan
Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi
Baik-baik bertanam padi
Jangan sampai dimakan rusa
Baik-baik termakan budi
Jangan sampai badan binasa
Pak Kulup anak juragan
&nb sp; Mati diracun muntahkan darah
Hidup di dunia banyak dugaan
Kepada Allah kita berserah
Duhai kasihku....
Selama mawar masih merekah di musim semi
Selama mentari masih bersinar dari tiap sudut-sudut langit
Di setiap denyut nadiku
dari setiap aliran
serta hembusan nafasku
Engkaulah air kehidupan
serta benih-benih harapku selamanya bersemi
Tahukah kau kekasih...
Dalam penziarahan cinta
ombak lautan yang membawanya pergi pada sang kekasih
adalah deburan sejati yangmengalir dari samudera ketulusan hati
Langkah kaki yang diayunkannya
bagai degup jantung yang menghidupi dan memelihara kekasihnya dari nestapa dunia
Sedang semerbak untaian kata yang ditebarkan ke udara
bagai senandung abadi yang dinyanyikan bidadari surga
Dapatkah kemurnian cinta menahan hasrat untuk membahagiakan kekasihnya?
Mungkinkah matahari akan membiarkan bulan untuk bersinar selamanya tanpa saling melengkapi dan mengisi kekosongan hari?
Khali lah diriku pabila menatap pohon mawarmu itu,
Indah berseri mawar di musim bunga ini,
Bak mutia dari kayangan,
Jika terpadam mentari,
Nescaya tiada lagi sinar dipenjuru alam......,
Darahmu melinkari setiap rongga ku......,
Dapatkah dikau rasakan denyut jantung mu,
Bergelora bercanda dijiwa....
Sepanjang zaman ku bajai.... hingga harum mekar dihati......
Hingga alam menyumpahi diriku....
Ku lihat segalanya terbentang luas di alam maya....,
Senandung Malaya kita nyanyikan bersama.....,
Bidadari Kayangan turut bernyanyi bersama bertebaran..
Dilaut Khalzum.... menjadi seharum Kasturi...
Andai kau bisa derita sengsara bersamaku.....,
Nescaya Mentari Kembali menyinar.....,
Setelah fajar menyinsing..... rembulan berlalu pergi...,
Hanya Pungguk dipanah mentari.....
Masa tetap berlari lari...
Tanpa peduli kanan dan kiri walau apa terjadi....
Pastikan Kita berlari senada....
Nescaya waktu mencemburui kita...
Burung cenderawasih
Harganya turut melonjak sehingga ratusan ribu ringgit kerana kesukaran memperolehnya serta nilai perubatan dan khasiatnya yang dianggap luar biasa.
SEJARAH MENURUT KITAB LAMA
AL-KISAH maka kata Sahibul Hikayat, adapun burung Cenderawasih itu burung kayangan dipelihara oleh dewa-dewa kayangan. Amatlah indah rupanya bulunya bekilauan bersinar benar tiada tolok bandingannya.Siapa-siapa tengok burung Cenderawasih rawanlah hatinya dan perasaannya tiada dapat terkira-kira lagi lakunya.
Adapun asal kejadian burung Cenderawasih amat indah ceritanya. Kerananya tatkala Tuhan menjadikan seekor burung daripada Nur Muhammad duduk di atas Syajaratul Yaqin menilik akan rupa paras dirinya dihadapan Mir'atul Haya'. Maka tersangat hairanlah ia melihat keelokan dirinya lalu bersyukurlah ia ke hadrat Allah Ta'ala denganmengucap Alhamdulillah rabbil'alamin. Maka burung nur Muhammad itu berpeluhlah ia oleh sangat hairannya akan keelokan rupanya. Lalu bertitikan peluhnya jadilah sekalian alam ini dan segala isinya serta segala pendeta-pendeta dan sekalian arif-arif.
Maka apabila sempurnalah sekalian alam ini Tuhan pun lalu mengghaibkan burung Nur Muhammad itu. Hingga ghaiblah ia di dalam qindil mu'allaq. Setelah burung nur Muhammad itu ghaib maka tinggallah bayangannya sahaja seperti terbang keliling 'Arasy; ia berzikir dan berdoa.
Syahdan, maka tersebutlah pula akan peluh yang antara dua pahanya bertitik di atas awan jadilah seekor burung cenderajinta ialah nur betina yang jadi ini roh cenderawasih maka peluh dagunya bertitik menjadi burung bratacandra bayu yang ditunggang oleh burung cenderawasih untuk terbang ke sana ke mari di atas kayangan. Maka akan peluh dadanya menjadi burung cenderakasih ialah yang menjadi inang pengasuh dan menghantarkan makanan. Adapun makanan-makanannya daripada bulatan awan dan embun jantan akan minumnya.
Maka diceritakan orang adalah bulu burung cenderawasih yang hijau jatuh ke bumi menjadi batu zamrud dan fairuz, yang merah jatuh ke bumi menjadi batu delima dan jika jatuh ke laut menjadi marjan. Bulu yang putih menjadi intan berlian dab bulu yang hitam menjadi bau 'aiqiq' dan batu-batu permata yang lainnya.
Adapun isi perutnya jatuh ke bumi menjadi belalang dewa bulan buat ubat berbagai-bagai penyakit manusia dan binatang. Ini dicampur ke dalam minyak kelapa hijau dan dibuat urut badan kita yang sakit. Belalang dewa boleh buat ubat perempuan lepas bersalin dan melawaskan haidh.
Adapun bulunya jika dipakai di atas kepala kita dan dibawa pergi ke mana-mana jadi pengasih pelaris dan penunduk sekalian manusia. Isinya jika dimakan boleh sembuh penyakit-penyakit dalam badan. Otaknya jika dimakan jadi cerdik dan bijak berbicara. Bulu ekor yang panjang itu jika dibuat gelang dipakai pada lengen kanan jika laki-laki dan lengan kiri jika perempuan akan jadi hebat dan kuat badannya serta dikasihi orang.
Maka siapa-siapa yang bertaruh burung cenderawasih dirumahnyaamatlah bertuah orang itu seperti mendapat segunung emas, sepadang intan berlian dan selautan mutiara. Kuasanya bertambah, rezekinya murah hingga menjadi kaya raya dan dipandang mulia.
Telah tersebut cerita seorang tentera Islam masuk ke dalam negeri Rom dan dia takut kena tangkap tentera kafir dan masuk penjara dia selama dua puluh tahun. Maka amatlah berdukacita kerana tidak dapat bersama anak isterinya. Pada suatu malam dia sedang duduk berfikir keadaannya dan anak isterinya, tiba-tiba datang seekor burung di atas pagar penjara dan membaca doa. Maka amatlah terperanjat tentera itu kerana seekor burung boleh baca doa dengan fasihnya.Maka dia pun turut baca doa itu beberapa kali hinggan hafaz olehnya,Kemudian dia beramal dengan doa burung itu tiga malam berturut-turut. Pada malam akhir sesudah beramal dengan doa burung itu dia pun tidak berapa lama kemudian ia tiba-tiba sedar berada di rumahnya, maka sukarialah keluarganya. Wallahu'alam.
KHASIAT CENDERAWASIH
• Bagi setengah pengamal perubatan tradisional, ianya sangat berguna untuk perubatan mereka.
• Mengikut dalam kitab - .." Jika kita bawa kemana-mana bulu burung cenderawasih, menjadi pengasih dan petunjuk kepada sekalian manusia "
• Katanya lagi - .." Wajah nampak berseri, orang selalu hormat kita, lawan jadi sahabat. Rezeki Mudah. Kalau yang dengki kepada kita, tertutup hati dengki kepada kita, dan dia kasih kepada kita ..."
• Bagi golongan ahli perniagaan dan politik - " Maka sesiapa yang taruh burung cenderawasih di rumah, amatlah bertuah orang itu seperti mendapat segunung emas, sepandang intan berlian dan selautan mutiara. Kuasanya bertambah, rezekinya murah hingga menjadi kaya-raya dan dipandang mulia. Wallahu'alam.
alat tradisional
Adalah sejenis gendang berbentuk jambangan bunga. Bahagian mukanya besar dan dibalut dengan kulit kambing. Bahagian kecilnya dibiarkan berlubang. Alat muzik ini biasanya digunakan dalam kumpulan wayang kulit dan tarian tradisi.
Adalah sejenis gendang berbentuk jambangan bunga.
Geduk
Adalah sejenis gendang yang mempunyai dua muka. Muka geduk diperbuat daripada belulang lembu atau kerbau. Pada mulanya belulang diletakan pada badan geduk menggunakan perekat. Kemudian belulang itu dipancang dengan baji kayu atau besi. Badan geduk disebut temalang yang diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka dan bentuknya agak cembung sedikit. Bahagian dalam temalang disebut lompang. Dua bilah buluh dipasang pada satu sisi temalang. Bilah-bilah tersebut lebih panjang daripada temalang dan berfungsi sebagai kaki. Dengan adanya kaki tersebut, geduk berdiri dengan mukanya sedikit serong bagi memudahkan pemain memalu muka geduk. Geduk dimainkan secara berpasangan iaitu pasangan geduk ibu dengan geduk anak bagi mengiringi persembahan wayang kulit dan menora.
Adalah sejenis gendang yang mempunyai dua muka.
Rebana
Rebana adalah sejenis gendang satu muka yang berbentuk seperti pasu. Ianya sering digunakan dalam ensemble muzik sinkretik yang berkembang di kalangan masyarakat Melayu bandaran seperti Dondang Sayang, Joget, Inang, Masri, Zapin, Cinta Sayang dan Ayam Didik. Peranannya dalam ensemble adalah sebagai penyokong irama dengan pola-pola paluan yang dapat dikategorikan sebagai irama asas (basic) penambahan (additire) dan menyilang iaitu cross rythmn. Bahan ekustik seperti kayu, kulit kambing, rotan dan buluh digunakan untuk membuatnya. Baluh ataupun temalang bagi alat rebana lazimnya diperbuat daripada kayu nangka yang diakui dapat mempengaruhi peningkatan mutu suara sesebuah alat itu.
Rebana adalah sejenis gendang satu muka yang berbentuk seperti pasu.
Gendang Silat
Gendang Silat Sepasang gendang bulat besar, anak dan ibu. Temalang atau badannya diperbuat daripada kayu merbau dan kedua-duanya ditutup dengan kulit harimau. Kedua-dua gendang dipalu dengan tangan atau pemukul yang diperbuat daripada kayu merbau. Lilitan rotan halus diselitkan di antara tebing dan belulang untuk menetapkan ketegangannya.
Sepasang gendang bulat besar, anak dan ibu.
Idiofon
Jenis-jenis alat yang mana bunyinya dapat dihasilkan secara spontan melalui kaedah-kaedah seperti laga, goyang dan ketukan mengikut keadaan dan bentuk semulajadi sesebuah alat itu.
Contohnya: gong, canang, kesi, bonang caklempong, mong dan kenung, angklung, seron, demung.
Gong
Gong ini diperbuat daripada besi. Ada juga gong yang diperbuat daripada gangsa yang bercampur timah. Jenis gong yang biasa digunakan dipanggil tawak-tawak. Gong dimainkan dalam pelbagai persembahan muzik tradisi misalnya dalam persembahan Mak Yong. Mukanya satu sahaja dan di tengah mukanya dilekukkan daripada dalam serta membonjol keluar. Gong dimainkan secara dipalu dengan kayu berbalut getah dihujungnya dan bunyinya berdengung.
Gong ini diperbuat daripada besi.
Canang
Canang diperbuat daripada perenggu atau loyang. Saiz canang kecil. Bahagian tepi canang melengkung ke dalam. Pada bahagian muka canang ada tombol kecil. Canang disusun di atas para khas dan dipalu. Pemalu canang diperbuat daripada kayu. Bahagian yang dipalu ialah bahagian tombol canang. Biasanya canang dimainkan secara berpasangan. Canang dimainkan untuk mengiringi persembahan wayang kulit dan wayang Melayu.
Canang diperbuat daripada perenggu atau loyang.
Kesi
Sejenis alat idiofon dari keluarga "simbal" yang dibentuk daripada kepingan tembaga.
Bonang Caklempong
Caklempong diperbuat daripada tembaga atau perunggu. Saiz caklempong kecil. Bentuk caklempong seperti periuk iaitu melengkung ke bawah. Muka caklempong licin. Pada bahagian tengah muka caklempong ada satu tombol kecil. Caklempong dimainkan dengan cara menyusunnya sebaris di atas para khas. Kemudian pemain duduk menghadap caklempong dan memalunya menggunakan sepasang kayu pemalu. Caklempong dimainkan untuk mengiringi pencak silat, tarian piring, tarian lilin, tarian inai, wayang kulit, menora, main puteri, mengarak pengantin, persembahan randai dan lagu-lagu tempatan. Kebiasaanya dimainkan oleh masyarakat Melayu di Perak dan Kelantan serta masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan.
Caklempong diperbuat daripada tembaga atau perunggu.
Mong dan Kenung
Mong diperbuat daripada perunggu. Dimainkan dalam satu set yang diatur atas regangan tali-tali pada para khas. Pemalu berbalut digunakan untuk memalu tombol mong. Mong dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Kebiasaannya mong dimainkan untuk mengiringi persembahan menora, wayang gedak, wayang Jawa dan gamelan. Masyarakat Melayu di Semenanjung terutamanya di Kelantan, Pahang, Johor dan Terengganu sering memainkannya dalam persembahan tertentu. Kenung diperbuat daripada perunggu. Bentuk kenung seperti periuk. Saiz kenung besar. Sisi muka kenung bertebing (meninggi). Di tengah-tengah muka kenung pula ada tombol. Diletakkan di atas rentangan tali pada para khas. Kemudian tombol kenung dipalu dengan pemalu yang berbalut. Kenung dimainkan oleh masyarakat Melayu di Pahang, Terengganu dan Johor bagi mengiringi persembahan gamelan.
Mong dan Kenung diperbuat daripada perunggu.
Angklung
Berasal dari Indonesia. Diperbuat daripada batang buluh yang berbeza-beza ukurannya antara satu dengan yang lain. Tiap-tiap satunya mempunyai pitch tertentu, terbuka pada satu hujung dan tertutup dengan adanya valve pada hujung lain. Dua atau tiga batang buluh dipasang pada satu bingkai yang juga diperbuat daripada buluh yang boleh bergerak bila bingkai tersebut digoyangkan. Untuk mengeluarkan bunyinya, seseorang itu perlu memegang bingkai angklung sambil menggoncang-goncangkannya. Angklung biasanya digunakan dalam kumpulan muzik.
Berasal dari Indonesia.
Erofon
Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber-sumber bunyinya terhasil melalui peniupan ataupun hembusan angin.
Contoh : serunai, seruling, selumpit.
Serunai
Serunai adalah sejenis alat muzik tradisi yang perlu ditiup apabila hendak membunyikannya. Alat tiupan ini mempunyai pipit berlapis-lapis. Pelidaknya sebanyak empat lapis diperbuat daripada daun lontar kering. Pemegang pipit ialah tiub-logam yang dipasang pada kemuncak badan serunai. Badan serunai diperbuat daripada kayu keras dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng. Badannya boleh diceraikan kepada tiga bahagian. Badan serunai mempunyai tujuh lubang memetik di belakang. Serunai digunakan untuk mengiringi wayang kulit, menora, gendang silat dan gendang keling.
Serunai adalah sejenis alat muzik tradisi yang perlu ditiup apabila hendak membunyikannya.
Kordofon
Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil daripada bahan "tali" yang diregangkan.
Contohnya : gambus,sape,rebab, sundatang
Gambus
Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.
Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah.
Sape
Sape mempunyai empat utas tali. Pada masa dahulu, tali-tali sape diperbuat daripada rotan yang diraut halus. Kini, dawai-dawai halus pula digunakan sebagai tali sape kerana lebih mudah diperolehi dan bunyinya lebih mantap. Diperbuat daripada kayu. Badan sape berbentuk bujur dan panjang. Bahagian muka sape rata sahaja manakala bahagian belakang sape pula ditebuk sebagai kotak bunyi. Sape dimainkan dengan cara meribanya seperti gambus. Tali sape dipetik menggunakan jari. Kemudian jari tangan yang satu lagi menekan tali-tali pada batangnya. Melodi hanya dimainkan oleh satu tali sahaja. Tali yang tiga hanya menghasilkan dengung. Sape dimainkan untuk hiburan, mengiringi upacara berubat dan mengiringi persembahan tarian tradisional seperti ngajat.
Sape mempunyai empat utas tali
Rebab
Merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik tradisi Melayu. Ia dikenali juga dengan nama anak umbang di kalangan bomoh-bomoh Melayu. Pada awalnya digunakan di dalam masyarakat Melayu sebagai alat perubatan tradisi yang disebut main peteri . Gesekan rebab oleh pawang menjadi sebagai penawar kepada pesakit. Perubatan cara ini disokong oleh kekuatan jampi oleh pawang. Bentuk rebab dapat dibahagikan secara kasarnya kepada 3 bahagian iaitu pangkal, leher dan kepala. Ukuran tingginya antara 7.55sm hingga 8.5sm. terdapat nama-nama khususnya yang diberikan pada bahagian-bahagiannya. Digunakan juga sebagai alat untuk permainan muzik tradisi di samping menjadi alat penting di dalam permainan Mak Yong hinggakan dalam permainan tersebut terdapat satu babak dipermulaannya yang dikenali sebagai menghadap rebab
Merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik tradisi Melayu.
Sepak raga merupakan sejenis permainan tradisional yang menggunakan bola rotan. Difahamkan,ia telah wujud sejak 600 tahun yang lalu dan dikatakan berasal dari China, kemudian menjadi semakin popular di Malaysia dan Thailand.
Sepak raga atau lebih dikenali sebagai sepak takraw kini merupakan sejenis permainan : dua pasukan yang dianggotai oleh tiga orang pemain setiap pasukan. Permainan sepak takraw mempunyai jaring yang memisahkan antara dua pasukan dan dimainkan di gelanggang yang sama seperti badminton. Bola takrawnya pula diperbuat daripada rotan.
Sepak raga yang lebih menjurus kepada menimang bola takraw dalam bulatan tanpa tangan, telah dimainkan semenjak dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dalam sejarah Melayu ada menyebut tentang Raja Muhammad iaitu putera Sultan Mansor Shah Muhammad yang telah tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga yang ditendang Tun Besar.
Pemain :
1. Tekong - 0rang yang akan melakukan sepak mula dan kemudiannya mengawal di bahagian belakang gelanggang.
2. Apit kiri - 0rang yang akan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan dia yang memikul tugas utama untuk mematikan bola di gelanggang lawan.
3. Apit kanan - 0rang yang akan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan dia juga yang memikul tugas utama untuk mematikan bola di gelanggang lawan sama seperti Apit kiri.
Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik Bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
Y.BHG. TAN SRI DATO’ ALIMUDDIN HJ. MOHD DOM
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH
Kenyataan akhbar ini bertujuan menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakat mengenai pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan mekanisme “soft landing” untuk P&P Sains dan Matematik bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan. Mekanisme “soft landing” adalah seperti berikut:
(i) P&P Sains dan Matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah. Dwibahasa bermaksud penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaaan dan sekolah menengah; dan penggunaan bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris bagi SJK(C) dan SJK(T).
(ii) Pelaksanaan dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Walau bagaimanapun mekanisme “soft landing” akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh dilaksanakan dalam dwibahasa. Kohort-kohort yang terlibat adalah seperti berikut:
(a) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.
(b) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.
(c) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2016.
(d) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2013.
(e) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.
(f) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015
PENTAKSIRAN
(a) Peperiksaan UPSR bagi matepelajaran Sains dan Metematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016.
(b) Peperiksaan PMR bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehinggan tahun 2013.
(c) Peperiksaan SPM bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2015.
Ini bermakna penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda bagi SJK(C) dan SJK(T) bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan dilaksanakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah akan terlaksana pada tahun 2016. Walau bagaimanapun pengajaran Sains dan Matematikn bagi Tingkatan 6 dan Matrikulasi akan kekal dalam Bahasa Inggeris.
Semangat dalam gelap
Kapur yang lesap dari bilik darjah, pensel mekanikal murid yang hilang secara tiba-tiba, misteri-misteri seperti ini berkait rapat dengan 'mereka'.
Sedia maklum akan bahaya yang wujud di sekolah, aku terpaksa bersikap skeptis. Kawasan belakang koperasi sekolah yang penuh dengan puntung rokok akan dianggap sebagai tempat persembunyian 'mereka'. Dan di pertengahan aktiviti kokurikulum, aku akan mengunjungi tempat tersebut untuk mengumpulkan sebarang maklumat terbaru. Atau menunggu sasaran terjerat dalam perangkap yang dipasang.
Ketika bermain bola sepak di padang pada sebelah petang, aku mengesyaki ada raksasa sedang menghampiri sekolah disebabkan bunyi hentakan dari jauh dan gegaran yang terasa pada bumi. Tiba-tiba aku berasa gerun. Tetapi pada usia yang lebih lewat, tahu juga semua itu diakibatkan oleh kerja-kerja memantakkan cerucuk.
Sebelum pembelajaran di darjah enam tiba ke penghujungnya, kawan menguji aku, 'Tahu tak kamu bagaimana kita tiba ke dunia ini?', dia seperti mengetahui rahsia besar yang menggemparkan. Pada saat itu, dunia imaginasi aku tiba-tiba menyusut. Aku menyesal kerana asyik melayani dunia imaginasi aku dan mengabaikan persoalan asas sebegitu. Aku mula menggeruni fakta bahawa orang dewasa melakukan perkara sebegitu di sebalik tabir kesopanan dan kesusilaan mereka.
Dunia imaginasi terus bermaharajalela selepas aku memasuki peringkat menengah. Ketika ini, aku boleh membayangkan kejadian yang berlaku dalam sekolah dan di luar sekolah pada masa yang sama. Misalnya di pertengahan pengajaran guru yang membosankan, fungsi imaginasi akan diaktifkan secara automatik, dan penglihatan yang menghala ke luar tingkap (kerap kalinya fokus jatuh pada delta yang menghijau di seberang sungai) akan cepat menangkap bayang-bayang imaginatif - biasanya alam dinosaur (babak-babak daripada dokumentari dinosaur) - yang wujud tidak jauh dari sekolah.
Pada masa yang sama, aku sedia maklum akan kes pembunuhan yang telah terjadi dalam kawasan sekolah dan sedar betapa perlunya diri membongkar fenomena ini. Berbeza dengan peringkat rendah, unsur keganasan telah mewarnai dunia imaginasi aku. Atas sebab itu, aku kerap menyamar sebagai detektif, mencatat sesuatu dan mendapatkan keterangan daripada saksi dalam banyak tempat kejadian yang berbeza - babak ajukan: mengeluarkan buku catatan, mencatatkan segala bahan ajaran yang tertulis pada papan hitam.
terhibur
Meskipun kelajuan pengajaran guru begitu ketara sekali, tetapi aku masih boleh terhibur dalam dunia ciptaan aku: Raksasa di seberang sungai semakin menghampiri sekolah, pembunuh yang identitinya belum terbongkar mencari sasaran seterusnya, watak aku sebagai detektif, dunia imaginasi yang penuh dengan kejadian pelik - kegilaan yang semakin menjadi-jadi dalam otak aku.
Ada kalanya aku meragui tujuan aku menghadirkan diri di sekolah. Aku bertungkus-lumus membentuk imej 'budak baik' pada kaca mata orang tua aku, dan 'pelajar cemerlang' pada tanggapan guru, tetapi sebaliknya fikiran meronta-ronta hendak melepaskan diri daripada setiap proses pengajaran dalam kelas. Pada kala segala-galanya berjalan seperti yang dimahukan, aku percaya diri merupakan pelajar yang dapat membolot kedudukan teratas dalam kelas tanpa usaha yang sungguh-sungguh. Aku percaya diri memiliki kebolehan istimewa.
Tetapi kemudiannya menyedari kebolehan sebegini berpunca daripada kegusaran. Untuk melepaskan diri daripada kegusaran yang terbawa-bawa dari dunia realiti, aku menyembunyikan diri dalam dunia imaginasi selama yang mahu tanpa rasa perlu untuk kembali memikul tanggungjawab pada hari-hari mendatang.
Selepas menamatkan pengajian di universiti, aku didatangi suatu perasaan pelik. Jati diri aku terkurung pada masa-masa lampau. Kematangan dan keghairahan aku tidak berjalan seiring dengan peredaran masa. Perkembangan dua ciri ini dibekukan pada detik lampau yang sudah luput. Dan waktu-waktu mendatang hanya akan melebarkan jurang antara aku dan persekitaran, menyebabkan diri semakin sengsara diseksa kejanggalan sedemikian.
Dalam dunia realiti, aku mengharungi proses temu duga yang berterusan untuk memperoleh pekerjaan; aku berusaha keras dalam setiap temu duga (aku membenci penonjolan diri yang hipokrit), semata-mata untuk melarikan diri daripada pekerjaan setelah berjaya mendapat tawaran (aku menggeruni pandangan masyarakat, menggeruni cara hidup berkelompok; aku mengalami kekurangan dari segi mental, justeru terpaksa memilih kehidupan yang berlainan daripada orang kebanyakan). Ini mendatangkan kekecewaan yang amat sangat kepada ibu aku.
Dalam tubuh aku, seolah-olah wujud satu jasad pendua. Aku tidak dapat mengesan kedudukan sebenarnya dalam badan aku. Tetapi tatkala diri pasrah didatangi kesakitan kepala yang merekah serta gejala mental yang menyeksa, sungguh-sungguh dapat aku merasai kewujudan jasad pendua yang keparat itu. Seksaan'nya' terhadap aku tidak pernah lekang pada bila-bila masa - ketika membualkan topik yang berbeza untuk orang yang berasingan dalam banyak situasi yang berlainan; membeli buku dan majalah di kedai buku dalam plaza; mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di kedai yang menjadi kunjungan aku sejak satu dekad yang lalu; melepak di pekan yang penuh dengan rombongan pejalan kaki yang tergesa-gesa dan deretan kereta yang berhimpit-himpit di jalanan; menyaksikan rancangan televisyen; bergaduh dengan adik demi perkara yang remeh-temeh; dirungut ibu kerana tabiat aku yang suka berjaga hingga lewat malam; berkumpul di restoran mewah bersama kawan, menjamah hidangan mewah, keghairahan semua orang untuk berborak tentang asam garam yang jarang sekali dapat dikaitkan dengan kehidupan aku; bertelingkah dengan ibu demi masa depan aku. Semua ini memperlihatkan kedegilan, kebodohan dan keangkuhan diri. Manifestasi gangguan mental hanya memburukkan keadaan.
Jasad
Di malam-malam yang berbeza, jasad pendua dalam tubuh tidak henti-henti muncul dalam mimpi aku.
"Nama aku Hei ." 'Dia' memperkenalkan dirinya.
Melewati usia dua puluh, kebolehan imaginasi aku semakin sirna. Sebetulnya Hei merupakan entiti yang berjaya melarikan diri sebelum dunia imaginasi aku lenyap sepenuhnya. 'Ia' merupakan entiti keparat yang terselamat daripada bencana sedemikian dan merasuk aku setelah dunia imaginatif kiamat sepenuhnya. Ini merupakan hipotesis aku.
Tetapi jauh di sudut hati, aku lebih memahami nasib sendiri: kehidupan selepas peringkat menengah, kesukaran dalam hidup, suka duka aku, semua yang aku lalui semata-mata untuk membuahkan akibat pada hari ini, seolah-olah jodoh antara aku dan Hei sudah ditakdirkan, kami terpaksa hidup sebagai satu kesatuan pada saat yang ditentukan ini.
Untuk itu, aku menjadi kutu embun, kerap kali menunggang basikal merayau-rayau di kejiranan setelah daerah ini ditelan kegelapan malam, dengan harapan untuk menemukan sesuatu, tetapi tabiat ini lebih kepada kecenderungan untuk menyembunyikan diri dalam kegelapan; aku minum kopi, mengharapkan kesan kafeina untuk menyekat gejala gangguan mental; aku mula berjoging, mengharapkan perembesan serotonin dalam badan untuk menangkis gejala Hei; ketika merayau dalam gelap dan melangkaui pasar awam yang lengang, aku akan mara ke arah kawasan anjing liar di lorong belakang bagi menguji kejantanan diri; aku berbuat amal dengan memberi sedekah kepada pengemis, tetapi keadaan pahit getir peminta sedekah yang kecacatan anggota di pasar malam kerap mendatangkan komplikasi kepada aku; aku bercadang untuk tidak memiliki kereta, atas sangkaan bahawa resolusi sedemikian dapat mengurangkan kadar pencemaran udara sebanyak 0.000...1 peratus, sekali gus memakbulkan impian aku untuk menjadi penunggang selama-lamanya, umpama hero penunggang Baja Hitam yang menjadi pujaan aku sejak dari zaman kanak-kanak; aku menyaksikan opera Cina, walaupun tidak faham sangat dengan apa yang dipertuturkan di atas pentas, tetapi terpesona dengan solekan para pelakon yang nampak garang.
Perhimpunan
Banyak kali menjelang malam, aku sengaja menghindarkan perhimpunan keluarga dengan melepak di luar. Merayau-rayau di malam hari yang semakin bertambah kegelapannya, dengan harapan menemukan bayangan yang menghantui daerah ini sama seperti aku. Aku meminggirkan keharmonian perhimpunan keluarga dan memilih untuk menemukan kebahagiaan yang kabur dalam gelap, tetapi tabiat ini lebih kepada usaha untuk menyingkirkan kegelisahan dan kekesalan dalam diri. Aku meminggirkan keseronokan melancong dan berkumpul bersama kawan, dan memilih untuk menjalani kehidupan yang bosan. Aku memilih untuk merayau dalam gelap kerana aku pernah melalui saat-saat gembira sebagai kutu rayau malam. Setiap kali daerah ini dilitupi kegelapan, aku akan dapat merasai sesuatu - kepercayaan sewaktu kecil, memori yang samar, jejak dari zaman kanak-kanak - mula melimpahi tempat-tempat tertentu. Sekiranya aku dapat meloloskan diri daripada kongkongan keluarga dan merayau di luar bagi memburu bayangan sedemikian dengan harapan 'mereka' muncul semula dalam mimpi aku, keamanan akan terasa dalam diri seolah-olah kekosongan dan kekesalan diri telah dikambus dengan kemurnian diri yang lepas.
Umpamanya menyelamatkan anak kucing yang terperangkap dalam parit di tepi kebun pokok kelapa sewaktu kecil, Nilai Murni Pertama: Jujur, Nilai Murni Kedua: Kebersihan (Jangan buang sampah di merata tempat!), memberi sedekah kepada pengemis, pergaduhan aku dengan teman sepermainan; pada ketika daya imaginasi semakin menyusut dan diri semakin sesat ditenggelami arus dunia realiti, aku bermati-mati mempercayai memori lapuk yang menumpang dalam gelap umpama jembalang ini mampu mendatangkan kemandirian pada saat-saat diri dilanda kesengsaraan yang amat sangat.
Ada kalanya aku melangkah keluar pada waktu tidur.
"Dah pukul berapa ni, masih nak keluar?" Ibu akan bersungut.
Aku tergila-gilakan tabiat merayau dalam gelap. Sewaktu para penghuni dalam daerah ini nyenyak dibuai mimpi, aku masih teruja menelusuri lorong belakang kediaman, lerengan di tepi tokong, denai pasir dalam kebun pokok kelapa, bagi mengejutkan entiti memori yang lena di sudut gelap. Membangkitkan semangat-semangat ini. Membebaskan 'mereka' daripada kekangan yang mengongkong. Bumantara malam kelihatan hidup dengan kehadiran semangat-semangat ini umpama panorama yang mengharukan.
Di rumah, ibu tengah runsing dengan sakit pinggang dan kaki yang telah lama menghantuinya, pada masa yang sama merungut tentang beban kehidupan yang berat; di lorong belakang, terletak kereta (kereta Mitsubishi Lancer keluaran tahun 1980) cabuk kesayangan ayah yang sering kali mendatangkan masalah; di siang hari, penyakit gangguan jiwa aku tiba-tiba menyerang (impuls otak tidak henti-henti menduplikasi dirinya, kuantitinya semakin banyak sehingga mendatangkan kesesakan, fungsi penafsiran otak jadi lumpuh, proses sedemikian terus-menerus berulang sehingga otak mencapai keadaan tepu), dengan segera aku memandikan diri, kemudian mendedahkan diri di bawah kepanasan suria tengah hari dalam keadaan suhu badan yang lebih rendah, bagi mendapatkan kesan kejutan elektrik yang mampu memulihkan aku buat seketika; di rumah, kewibawaan adik semakin meningkat berbanding dengan aku; di kedai nombor ekor, ayah masih menghabiskan duit untuk pertaruhan yang amat tipis peluang kemenangannya.
Di malam-malam yang berasingan, aku berulang kali melewati deretan-deretan rumah bagi menerawang keadaan dalam rumah menerusi pintu besi berkekisi. Ketika terlihat ahli-ahli keluarga yang bahagia berkumpul di ruang tamu, menonton rancangan televisyen sambil berborak-borak, satu ilusi mendatangi aku: kesengsaraan, pertelingkahan dan kesedihan yang dialami oleh para penghuni di siang hari semata-mata untuk diadaptasi sebagai babak yang harmoni pada sebelah malam. Imej keluarga mula meligat ganas dalam kepala. Basikal melewati kedai runcit yang aku kenal benar sejak kecil.
Kebahagiaan yang samar mula menyelubungi kalbuku pada saat terfikirkan cara letak dalam kedai masih serupa sewaktu kunjungan pada sebelah pagi. Atas desakan yang amat sangat, aku mencepatkan kayuhan, dengan harapan membawa pulang kebahagiaan keparat ini sebelum ia lenyap menjelang dinihari.
JANGAN AMBIL MUDAH, TAPI FIKIR-FIKIRKANLAH
>
> DAHI
> Haba bad an melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan
> bad an, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya
> panas baran Nasihat : P upuk tabiat tidur awal, bangun awal.
> Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak
>
> HIDUNG
> Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita
> mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba
> perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah
> satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau
> sistem reproduksi
>
> DAGU
> Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin
> (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat
> di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur
> dan sistem peranakan yang bermasalah.
>
> PIPI KIRI
> Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah
> rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
>
> PIPI KANAN
> Fungsi paru-paru mungkin tidak normal
>
> PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
> Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan
> pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi
> mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
RAHSIA SURAH
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian mengejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.
(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan fardhunya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.
(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipu daya dan gangguan syaitan. Dengan membacanya seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
Dan tersebut dalam hadith yang lain:
Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan:
Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanar rasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.
(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insyaAllah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya dia tidak akan bercakap dusta lagi.
(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.
(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.
(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus Perhubungan)
Barang siapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
(12) SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas perempuan yang hamil, nescaya ia akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
(13) SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.
(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.
(15) SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.
(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.
(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.
(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insyaAllah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.
(19) SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, mescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.
(20) SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.
(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.
(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .
(23) SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.
(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah,nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.
(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.
(28) SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya
akan halus.
(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.
(31) SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.
(32) SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.
(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
(35) SURAH SABA' (Saba')
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.
(36) SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.
(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasin."
Hadith yang lain mengatakan : "Barang siapa membaca surah Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala dosanya kecuali dosa syirik.."
Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda :"Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."
Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."
Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.
Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.
Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andai kata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid dan barang siapa membacanya sekali pada awal pagi, andaikata ia mati pada hari itu, mesti ia mati syahid.
Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur.
Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.
Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk di amal oleh anda sekalian.
(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.
(39) SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.
RAHSIA BULAN
Banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijak
penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamik
sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani, pemurah, setia dan byk kesabaran
terlalu degil dan keras hati
apabila hendak diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu
cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah