Followers

Sejarah muzik rock di Malaysia

Pada tahun 1986, lima pemuzik muda dari Taman Sepakat, Kuantan membuat keputusan untuk menceburi bidang muzik secara serius. Maka tertubuhlah band Scarecrow.Setelah beberapa tahun bertungkus - lumus memperbaiki mutu persembahan mereka,menimba pengalaman, dan mengalami pertukaran ahli band, Scarecrow akhirnya menemuikejayaan di Kuala Lumpur.Namun kejayaan ini datangnya dengan satu syarat. Polisi RTM pada lewat 80an tidak mengalakkan nama band yang kebaratan. Scarecrow terpaksa akur dengan kehendak
RTM, dan menukarkan nama band kepada Masa Scarecrow.Di bawah naungan Perdana Muzikal Industri Sdn Bhd, Masa Scarecrow menghasilkan tiga album. Ketiga - tiga album tersebut berjaya menambat hati peminat muzik tanahair.Album kedua, Doktrin Metos, memuatkan lagu hit berjudul Patahnya Sayap Malam.Lagu ini telah membawa Masa Scarecrow ke peringkat akhir pertandingan Muzik - Muzik1991 di PWTC Kuala Lumpur.Di puncak populariti mereka, ahli band terdiri dari Zul ( vokal utama ), Mazwan ( gitar ),Lan ( gitar - ahli asal ), Madi ( bass - ahli asal ) dan Shaiful ( drums ).Setelah Perdana Muzikal Industri Sdn Bhd bergulung tikar pada tahun 1993, ahli band mengambil keputusan untuk mengundurkan diri buat seketika dari arena muzik tanahair.
Mereka tidak menolak kemungkinan bergabung semula seandainya terdapat syarikat rakaman yang berminat untuk mengikat kontrak dengan Masa Scarecrow.
Tahun demi tahun berlalu, dan kini hanya Shaiful yang masih aktif di bidang muzik. Beliau bermain drums untuk band RoadBlock ( Kuantan ) dan juga diiktiraf oleh penganjur -penganjur pertunjukan pentas sebagai 'first - call sessionist'.

No comments: